suria

Idah dianggap penganiayaan, sekat wanita nak cepat ‘move on’... Ketahui hikmah, kewajaran larangannya

Tangkap layar tular di platform X yang mempersoalkan hukum idah ke atas wanita. -Gambar hiasan

SETIAP wanita Islam perlu menjalani tempoh idah tidak kira jika mereka bercerai hidup atau kematian suami.

Meskipun hal itu telah digariskan mengikut syariat Islam, wujud segelintir individu yang mempertikaikan idah pada hari ini.

Di platform X, seorang individu tular apabila dia membuat hantaran yang mempersoalkan tentang perintah idah kerana ia dianggap membebankan kaum Hawa.

"Idah adalah antara benda paling merepek. Kena berkurung dalam rumah selama beberapa bulan mengingatkan laki.

"Nak suruh murung? Lebih baik mereka cepat sambung hidup macam biasa untuk move on. Asalkan tak menggatal dengan laki lain dah kira okay.

"Kamu percaya idah bertujuan cuci rahim daripada benih suami?" soal individu itu sehingga mengundang perbalahan warga maya.

Menurut Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), hukum Idah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami.

Terdapat beberapa hikmah pensyariatan idah kepada wanita Islam, antaranya:

1. Untuk memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu. Ia bertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang baru dikahwininya.

2. Bagi idah talak raj`ie, ia sebagai ruang kepada suami dan isteri untuk berfikir dan menilai semula segala tindakan dan kesilapan yang telah dilakukan termasuk kesan daripada perceraian yang berlaku. Di samping itu, ia juga dapat memberi peluang kepada suami untuk kembali rujuk kepada isterinya.

People cleaning up grave of their love ones at Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur. Muslims in Malaysia will observe the Ramadhan or fasting month on Monday, May 6, 2019. RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Hukum Idah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami. -Gambar hiasan

3. Bagi perempuan yang kematian suami, tempoh idah juga sebagai tempoh berkabung bagi menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan terdahulu. Ia juga sebagai tanda menjaga hak suami dan tanda menzahirkan kesetiaan isteri kepada suaminya. Selain itu, berkabung juga sebagai lambang pengabdian diri terhadap perintah Allah.

Bagi wanita yang beridah kerana kematian suami, Islam telah menggariskan cara-cara tertentu sepanjang mereka berada dalam tempoh tersebut.

Antara perkara-perkara yang mesti dipatuhi oleh mereka ialah:

1. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.

2. Jika perkahwinan dilangsungkan juga semasa dalam tempoh tersebut pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau sayang sekali pun, menangislah berpada-pada... Haram ratap kematian, bimbang mayat diazab

ARTIKEL BERKAITAN: Risau tak sempat ‘kejar’, makmum baca al-Fatihah serentak dengan imam... Ini penjelasan ustaz

3. Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja mendapatkan rawatan perubatan membeli barang-barang keperluan asasi (sekiranya tidak ada ahli keluarga atau orang lain yang amanah boleh melakukannya).

4. Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal sepanjang tempoh perkahwinan. Namun sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir tanah runtuh gempa bumi dan sebagainya mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi.

5. Wajib berkabung sepanjang tempoh idah. Oleh itu sepanjang dalam tempoh tersebut mereka wajib meninggalkan semua perkara yang mempunyai unsur-unsur berhias sama ada pada pakaian atau tubuh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain