suria

Bela kucing dalam rumah boleh timbulkan perasaan was-was... Ini hukum Islam pemilik harus tahu

Kucing merupakan antara haiwan yang sering dibela di dalam rumah. -Gambar hiasan

RAMAI individu di negara ini memilih kucing sebagai haiwan peliharaan dan tinggal bersama di kediaman masing-masing.

Namun, di sebalik keghairahan membela kucing, bagaimana pula dengan hukumnya jika pemilik itu merupakan seorang yang beragama Islam?

Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, secara umumnya, memelihara kucing dengan tujuan yang dibenarkan oleh syarak seperti menghalau tikus dan haiwan perosak seumpamanya adalah diharuskan.

Lebih-lebih lagi kucing dihukumkan sebagai suci (bukannya najis) dan merupakan haiwan yang sering berkeliaran di sekeliling manusia.

Pada asasnya, hukum asal setiap haiwan itu adalah suci (yakni bukan najis) melainkan ada nas yang menunjukkan sebaliknya seperti kenajisan babi, anjing atau seumpamanya.

Al-Khatib al-Syirbini menyebutkan bahawa setiap haiwan (yang hidup) itu adalah suci melainkan apa yang dikecualikan oleh syarak.

file7cjvxgv0e9l1cru6ymuo

Sifat kucing yang jinak dan manja menjadikan ia sebagai haiwan peliharaan popular. -Gambar hiasan

Justeru, kucing termasuk dalam haiwan yang suci dan bangkainya pula tergolong dalam kategori najis sederhana.

Selain itu, kucing dianggap sebagai haiwan yang suci (bukan najis) kerana ia selalu berkeliaran di sekeliling manusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat habis baca al-Fatihah, imam dah rukuk... Ini panduan untuk makmum supaya tak buat silap

ARTIKEL BERKAITAN: Risau tak sempat ‘kejar’, makmum baca al-Fatihah serentak dengan imam... Ini penjelasan ustaz

Kabsyah binti Ka‘ab bin Malik ada melaporkan bahawa pada suatu hari Abu Qatadah berada di dalam rumah, lalu dia telah menyediakan baginya sebekas air untuk dijadikan sebagai air wuduk.

Kemudian, datang seekor kucing minum air tersebut dan Abu Qatadah membiarkan sahaja kucing itu minum air daripada bekas tersebut.

553

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Kemudian, Abu Qatadah perasan yang Kabsyah memandang kepadanya lalu dia bertanya: “Adakah kamu berasa pelik wahai anak saudaraku?”

Kabsyah menjawab: “Ya.”

Lalu Abu Qatadah menjelaskan bahawa Rasulullah pernah bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya kucing itu tidak najis kerana ia ialah haiwan yang berkeliaran di sekeliling kamu.” [Riwayat al-Tirmizi (92); Abu Daud (75); al-Nasa’i (68); Ibn Majah (367)]

Maka, kita ketahui bahawa ada kelonggaran dan hukum khas yang diberikan kepada kucing kerana ia termasuk dalam haiwan yang biasanya berkeliaran di tempat tinggal manusia atau dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Kesimpulan

Tidak menjadi masalah bagi seseorang itu untuk memelihara kucing di dalam rumahnya, jika tujuannya menepati kehendak syarak seperti membelanya untuk menghalau sebahagian haiwan perosak seperti tikus dan seumpamanya.

Ini kerana kucing termasuk dalam haiwan yang suci dan bukannya najis.

Interview My Pets Haven. —LOW LAY PHON/The Star

Pemilik disarankan menyediakan tempat khas untuk kucing membuang air kecil. -Gambar hiasan

Lebih-lebih lagi kucing merupakan haiwan yang sering berkeliaran di sekeliling manusia.

Tambahan lagi perbuatan memelihara kucing itu tidak bertentangan dengan taharah (kebersihan/kesucian) kerana kucing itu sendiri dihukumkan sebagai suci sebagaimana yang kami telah sebutkan sebelum ini.

Pada masa yang sama, kami juga ingin mencadangkan kepada orang yang membela kucing untuk menyediakan tempat khas kucing-kucing itu buang air di satu ruangan khusus yang jauh daripada ruangan solat dan ruangan utama agar tidak timbulnya syak atau perasaan was was, serta jauh daripada bau yang tidak menyenangkan.

Dr Zulkifli turut berkongsi penjelasan itu menerusi laman sesawang https://bukudrzulkifli.com/

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain