KEBANYAKAN golongan muda hari ini gemar berfesyen sehingga kadangkala terlupa hukum agama. Sebagai contoh, ramai lelaki Islam memakai seluar pendek di tempat terbuka, malah ia dianggap normal dalam dunia hari ini. Namun kata pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI), perbuatan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi fasiq, sekali gus hilang kelayakan untuk menjadi wali dan sebagainya. "Pakai seluar pendek, kata ulama-ulama... Mendedahkan aurat ni bagi orang lelaki, pakai sekali tidak fasiq, tiga kali jadi fasik kalau pakai seluar pendek. "Ada pun dosa besar macam minum arak, sekali minum dah jadi fasiq. Tapi orang lelaki yang jenis main bola pakai seluar pendek lebih daripada tiga kali di khalayak ramai, dia tak boleh jadi wali nikah. Pemakaian gelang untuk perhiasan adalah dilarang bagi lelaki. -Gambar hiasan "Dia tak boleh jadi saksi nikah. Dia tak boleh menjadi saksi melihat anak bulan, tak boleh jadi saksi hudud, berhutang jual beli dan sebagainya," ujarnya. Azhar berkata demikian menerusi sedutan video kuliahnya yang dikongsi di media sosial. Dalam pada itu, Azhar turut memberi penjelasan tentang pemakaian rantai dan gelang tangan sebagai aksesori fesyen kaum Adam. ARTIKEL BERKAITAN: Perempuan ‘bertelanjang’ tidak cium bau syurga... Patuhi 5 syarat berpakaian untuk elak azab Allah "Lelaki pakai gelang tali, kalau gelang itu untuk perhiasan, ia dilarang syarak. Kalau ia jadi alat, (maka) tidak dilarang. "Contohnya orang buat haji, pergi haji diberi satu gelang plastik, supaya mudah kalau hilang, senang cari ni jemaah Malaysia," ujarnya. Menurut Maktabah Al-Bakri, secara asasnya, mazhab Syafie dan Hanbali mengatakan antara pusat dan lutut lelaki itu adalah aurat, dan pusat dan lutut itu sendiri bukan aurat. Jadi, dengan melanggar hal ini dipanggil sebagai fasiq, namun ia tidak semestinya dua kali atau tiga kali. Namun, kerja kita adalah sentiasa bertaubat. Di dalam Islam ini, apa yang paling pentingnya adalah sentiasa kembali kepada Allah dan memperbanyakkan beristighfar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube