suria

Banyak kes bunuh tanda kiamat makin dekat... Ustaz pesan jangan tinggal doa ini, baca 6 kali sehari

Kes pembunuhan Cikgu Istiqomah menggemparkan seluruh negara.

KISAH pembunuhan seorang guru dikenali sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33, ternyata mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.

Sebelum ini, seluruh Malaysia turut kecoh dengan berita pembunuhan seorang wanita, Nur Farah Kartini serta kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Kes pembunuhan yang semakin banyak menyebabkan orang ramai hidup dalam keadaan bimbang memandangkan ia juga disebut sebagai salah satu petanda akhir zaman.

Daripada Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah bersabda, maksudnya:

"Menjelang kiamat nanti, hari banyak dipenuhi dengan al-Harj. Saat itu ilmu menjadi hilang dan kejahilan tersebar di mana-mana. Abu Musa berkata: 'al-Harj bermaksud pembunuhan menurut dialek orang Habsyi.' [Hadis Riwayat Al-Bukhari]

Sementara itu pendakwah bebas, Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi turut berkongsi video yang mengupas tentang kes pembunuhan kejam di Malaysia.

doa 1

Ustaz Jafri berkongsi doa yang disaran supaya diamalkan setiap pagi dan petang.

"Itu menunjukkan betapa manusia di akhir zaman hilang sifat ihsan dan perikemanusiaan, sanggup dilakukan sampai sedemikian rupa.

"Kita berada di akhir zaman yang Nabi menyebutkan tentang banyaknya berlaku alharju. Sahabat bertanya apakah itu alharju Rasulullah?

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Mayat wanita tanpa kepala, tangan disumbat dalam tong sampah adalah Cikgu Istiqomah... DNA sepadan dengan ibu

"Kata Nabi... Al Qatlu, Al Qatlu... Yakni pembunuhan, pembunuhan. Dahsyatnya sehingga Nabi menggambarkan waktu itu, orang yang membunuh, dia tidak tahu kenapa dia membunuh, dan orang yang dibunuh juga, tidak tahu kenapa dia dibunuh," ujarnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, pendakwah itu turut berkongsi sepotong doa dan meminta agar orang ramai mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

"Maka, kita kena sentiasa perhatikan ahli keluarga, saya nak pesan jangan tinggalkan doa ini. Baca tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang, tolong jangan tinggal dah lepas daripada ini.

"Sebab ada jaminan Nabi, Allah akan pelihara dan tidak ada sebarang musibah yang menimpanya pada hari tersebut. Pesan dekat keluarga jangan tinggal doa yang penting ini di akhir zaman," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain