RAMAI meluahkan rasa bimbang apabila melihat budaya Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) cuba dinormalisasikan di negara ini. Beberapa individu turut bersuara tentang golongan lelaki lembut yang dilihat semakin berani menunjukkan karakter mereka di media sosial. Lebih menyedihkan, golongan yang terang-terangan melakukan perkara dilarang agama ini seolah-olah 'diangkat' oleh peminat atau pengikut masing-masing. Menurut Maktabah Al Bakri, lelaki pada asasnya dilarang menyerupai perempuan dan begitu juga perempuan dilarang menyerupai lelaki. Hal ini sama ada dalam bentuk percakapan, pemakaian, keadaaannya dan seumpamanya. Ada lelaki yang bersolek sehingga menyerupai perempuan. -Gambar hiasan Dalam Bahasa Arab, perkataan ‘tasyabbuh’ secara bahasanya bermaksud menyerupai sesuatu. Dari segi perbahasan fiqh pula, ianya bermaksud seorang lelaki yang menyerupai perempuan, atau sebaliknya dalam perkara-perkara berikut: 1. Pakaian 2. Perhiasan 3. Percakapan dan suara 4. Gaya berjalan dan gerak badan 5. Mengubah bentuk fizikal badan Hukum tasyabbuh adalah haram bahkan termasuk salah satu daripada dosa besar kerana telah sabit nas-nas syar’ie bahawa Allah melaknat orang yang melakukannya dengan lisan Nabi SAW. Dari Ibn ‘Abbas R.Anhuma dalam sabda Baginda, maksudnya: Nabi SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki. [Riwayat al-Bukhari, Abu Dawud dan al-Tirmizi] Lelaki pada asasnya dilarang menyerupai perempuan dan begitu juga perempuan dilarang menyerupai lelaki. -Gambar hiasan Lelaki lembut didefinisikan sebagai seorang lelaki yang bergerak geri seperti perempuan, memakai pakaian perempuan, suka melakukan sesuatu yang biasanya dilakukan oleh seorang perempuan, menunjukkan minat seks terhadap kaum sejenisnya dan tiada nafsu pada kaum perempuan. Punca ‘lelaki lembut’ berlaku bila pasangan (suami isteri) tidak meredai jantina anak. Berdasarkan kajian yang dijalankan berkaitan faktor penyumbang kepada wujudnya gejala ‘lelaki lembut’, antaranya adalah kerana faktor kurangnya pemahaman agama dan didikan keluarga, antaranya kerana anak lelaki yang kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada bapa. Selain itu, ada juga yang terpengaruh dengan adik beradik perempuan yang ramai hingga menjalankan aktiviti perempuan bersama-sama seperti memakai pakaian perempuan dan bersolek tanpa mendapat teguran daripada ibu bapa yang turut menyumbang kepada gejala ‘lelaki lembut’. Terdapat juga ibu bapa yang memakaikan baju perempuan kepada anak lelaki kerana keinginan yang tinggi untuk mempunyai anak perempuan, tetapi tidak kesampaian. [Lihat Tafsir al-Bayan] Kesimpulan Hukum menjadi lelaki lembut adalah haram dan wajar dibanteras dari awal lagi. Bagi mengelakkan kejadian seperti ini, ibu bapa wajib reda terhadap jantina anak mereka dan mendidik anak-anak mereka sesuai dengan jantina mereka. Sebagai seorang mukmin, kita digalakkan untuk berusaha bagi mendapatkan zuriat dan seterusnya bertawakal kepada Allah atas usaha yang dilakukan, tidak kiralah jantina apa pun yang Allah anugerahkan sebagai zuriat, semuanya memiliki hikmah yang besar. Kewajipan ibu bapa adalah mendidiknya dengan bimbingan wahyu Allah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube