suria

Julang budaya sampai ‘buang’ agama... Rupanya masih ramai pengantin lelaki pakai inai di jari, tak peka soal hukum

Lelaki tidak dibenarkan memakai inai. -Gambar hiasan

MEMAKAI inai pada jari merupakan salah satu tradisi dalam majlis perkahwinan di negara ini.

Biasanya, pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua 10 jari sempena hari bahagia.

Bagi pengantin lelaki pula, mereka akan berinai pada tiga jari tangan kanan dan tiga lagi jari di tangan kiri.

Namun, mungkin masih ramai lagi yang belum peka akan hakikat pengharaman pemakaian inai pada jari pengantin lelaki.

453773234_1059994072364297_1855510676408173557_n

Azhar berkata lelaki hanya boleh memakai inai pada rambut, misai dan janggut yang beruban. -Gambar hiasan

Menurut pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI), lelaki hanya dibolehkan memakai inai pada rambut, janggut dan misai yang telah beruban.

"Apakah hukum pengantin lelaki pakai inai pada tangan pada hari perkahwinan, macam perempuan? Hukumnya haram.

"Yang boleh lelaki pakai inai (adalah) pada rambut, janggut, pada misainya yang beruban. Faham tak?

"Pakai pada tangan tak boleh. Menghias tangan dengan warna merah hanya diharuskan, khusus untuk kaum wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Suka sangat pakai seluar pendek, dedah aurat... Lelaki Islam kena bertaubat, boleh lucut hak jadi wali

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki lembut makin berani menonjol di media sosial... Pengikut pula beri sokongan, lupa hukum haram dan dosa besar

"Ulama-ulama fatwakan haram lelaki memerahkan tangannya dengan inai," ujarnya.

Azhar berkata demikian menerusi klip ceramahnya yang tular di aplikasi TikTok.

Berikut pula merupakan penjelasan yang dikongsi menerusi laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan:

Kami cenderung mengatakan bahawa tidak dibenarkan bagi lelaki untuk mengenakan inai pada kedua tangan atau kaki mereka dan digalakkan bagi perempuan yang telah berkahwin untuk berinai bagi tujuan berhias.

Ini kerana berinai itu termasuk di dalam perhiasan wanita.

Oleh itu, tidak boleh bagi lelaki untuk berinai samada bagi tujuan perkahwinan ataupun selainnya atas dasar berhias, agar nampak cantik dan sebagainya melainkan untuk tujuan berubat yang mana dengan berinai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu.

Adapun bagi lelaki untuk mengenakan inai pada rambut, maka hal yang demikian itu tiada masalah.

Ini kerana terdapat hadis yang membenarkannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain