suria

Anak belum cecah usia 2 tahun, ibu hamil lagi... Ramai suruh cerai susu badan, ini pejelasan UAI

Pemberian susu ibu amat digalakkan dan terbukti memberi faedah kepada anak. -Gambar hiasan

PERIHAL bayi menyusu badan ketika seseorang wanita itu sedang hamil sering menjadi pertikaian dalam kalangan masyarakat.

Ramai berpandangan wanita hamil tidak boleh meneruskan pemberian susunya kepada anak terdahulu walaupun si kecil itu belum tamat tempoh penyusuan iaitu pada usia dua tahun.

Berdepan situasi sama, seorang jemaah lelaki yang mengikuti sesi kuliah bersama penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) bertanya sama ada isterinya boleh memberikan anak sulung mereka susu badan ketika sedang hamil zuriat kedua.

"Anak pertama saya masih menyusu badan walaupun ketika itu isteri saya sedang hamil anak kedua, apakah hukumnya?" aju jemaah terbabit.

Menjawab persoalan tersebut, Azhar berkata, isu tersebut sering menjadi pertikaian kerana ramai yang salah faham tentang tempoh saranan seseorang ibu untuk menyusu anaknya.

h

Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi sehingga berusia dua tahun. -Gambar hiasan

Alllah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah, 2:233 yang bermaksud:

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.

Menjelaskan lanjut, Azhar bagaimanapun berkata harus hukumnya bagi ibu untuk meneruskan penyusuan badan kepada kanak-kanak yang berumur lebih dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak solat tapi pakaian terkena muntah bayi, adakah dikira najis? Ini pandangan ulama dan penjelasan Dr Zulkifli

"Kalau anak nak menyusu tak perlu setakat dua tahun, tingkatan dua pun boleh. Sebab susu badan tu milik suami dan anak-anak.

"Ramai ibu bapa yang salah faham, mereka anggap apabila anak cecah usia dua tahun, maka wajib berhenti susu.

"Ayat dua tahun menyusu tu bukan syarat, ia menceritakan pada kebiasaannya budak berhenti menyusu pada usia dua tahun. Tetapi kalau nak menyusu lagi, silakan," jelasnya.

Namun tambah pendakwah itu lagi, larangan pemberian susu kepada anak yang belum tamat tempoh penyusuan hanya berlaku sekiranya ia memudaratkan si ibu serta zuriat yang masih dalam kandungan.

"Tiada ulama cakap haram. Cuma kalau ada anak dalam kandungan, jika si ibu bagi susu kepada anak yang dah besar seterusnya (hal itu) menyebabkan mudarat... barulah dilarang.

"(Dalam kes itu) Perberian susu itu dilarang kerana memudaratkan anak dalam kandungan," tegasnya lagi.

g

Ibu boleh menyusukan anak yang berusia lebih dua tahun. -Gambar hiasan

Sementara itu daripada sudut kesihatan, kaunselor penyusuan Malaysia, Noorfazila Abdul Rahman menerusi perkongsian di Facebook berkata, penyusuan semasa si ibu hamil tidak akan menghalang janin yang dikandung daripada mendapatkan zat makanan yang diperlukan.

Malah katanya, proses itu juga tidak melemahkan tubuh ibu.

"Tidak terdapat kajian yang mengesahkan bahawa ibu yang menyusukan anak sewaktu hamil berisiko untuk melahirkan anak yang kekurangan zat.

"Ini merupakan mitos semata-mata. Setakat ini juga tiada lagi pertembungan atau perbalahan pendapat di antara ulama jika benar penyusuan ketika kehamilan benar-benar memberi mudarat kepada bayi yang dikandung," tambahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain