suria

Mak-mak sila ambil perhatian! Jangan kalut nak masak brokoli selepas dipotong, boleh hilang khasiat

Brokoli yang ditinggalkan sebentar selepas dipotong sangat bermanfaat untuk kesihatan.

SAYUR-SAYURAN terutamanya brokoli mendatangkan banyak manfaat jika diambil dengan kaedah yang betul.

Tapi tahukah anda pakar mempercayai bahawa khasiatnya boleh dipertingkatkan sekiranya membiarkan seketika brokoli yang sudah dipotong sebelum dimasak.

Walaupun pada hakikatnya buah atau sayur seharusnya segera dimakan selepas dipotong kerana oksigen dalam udara akan merosakkan nutrisi penting seperti vitamin C.

Namun ia berbeza dengan brokoli.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing tak sesuai makan makanan manusia, tapi 5 sayuran ini boleh diberi kepada si bulus

ARTIKEL BERKAITAN: Makan 5 sayuran pengganti nasi ini bagi yang sedang diet rendah karbohidrat

Menurut pakar pemakanan Andrea Danitschek, sebaik sahaja brokoli dipotong, enzim akan diaktifkan dan bertindak menukarkan glikosida minyak mustard yang terkandung di dalamnya kepada sulforaphane.

Kandungan ini selalu dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser terutamanya kanser prostat, payudara, kolon dan juga mulut.

Justeru jika anda terus memasak brokoli selepas dipotong, sulforaphane yang ada berpotensi untuk musnah.

Selain dimasak dengan pelbagai cara brokoli juga boleh dimakan mentah.

Hal ini kerana jika lebih lama brokoli dibiarkan selepas dipotong, banyak sulforaphane akan terbentuk.

Satu kajian mendapati, brokoli yang dibiarkan selama 90 minit sebelum digoreng mempunyai lebih daripada dua kali ganda jumlah bahan pencegah kanser di dalamnya berbanding brokoli yang dimasak sejurus selepas dipotong.

Sayur brokoli boleh dimakan mentah dan ia akan kehilangan nutrien jika dimasak.

Disebabkan banyak nutrien akan terbebas ke dalam air semasa proses rebusan berlaku, maka pakar pemakanan mengesyorkan sayur itu dikukus dengan menggunakan sedikit air sahaja.

Jika sayur brokoli tersebut direbus, adalah digalakkan untuk mengguna semula air rebusan berkenaan seperti menjadikan sup brokoli. The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain