SIKAP kebanyakan kanak-kanak pada hari ini dilihat jauh berbeza berbanding zaman dahulu.
Salah satu puncanya kerana dunia semakin mendepani arus kemodenan.
Bagi ibu bapa yang sibuk bekerja, ada yang berterusan membiarkan anak bebas bermain dengan gajet tanpa kawalan.
Gajet ataupun dunia digital sememangnya berfaedah dan memberikan kesan positif jika digunakan dengan betul tetapi akan meninggalkan impak negatif jika digunakan tanpa pengawasan .
Penggunaan gajet oleh kanak-kanak perlu dikawal oleh ibu bapa. -Gambar hiasan
Seperti mana perkongsian daripada Pendidik Ilmu Keibubapaan, Dr Taufiq Razif, dia menyatakan pandangan tentang anak zaman sekarang yang dilihat semakin kurang mempunyai ‘commen sense’.
Malah, katanya, mereka juga sukar untuk bersikap santun dan membantu ibu bapa tanpa disuruh.
Menerusi hantaran Taufiq, dia berkongsi 13 'common sense' yang ada pada kanak-kanak zaman dahulu tetapi semakin 'menghilang' pada kanak-kanak masa kini.
Berikut merupakan 13 'common sense' patut ada pada kanak-kanak
1. Keluar dan layan tetamu
2. Pandang mata apabila bercakap
3. Perkenalkan diri apabila pertama kali berkenalan
4. Bergurau tengok pada keadaan dan tempat
Ajari anak supaya tidak membuka pintu rumah orang lain sesuka hati. -Gambar hiasan
5. Cakap berlapik dengan orang lebih tua
6. Masuk rumah orang jangan sampai buka peti ais
7. Beratur apabila dalam barisan
8. Cakap terima kasih apabila mendapat sesuatu
9. Kemas meja selepas habis makan
10. Hormat orang walau di media sosial
11. Tidak menggunakan telefon semasa khutbah Jumaat
12. Tak main telefon semasa orang lain bercakap
13. Bantu mak ayah buang sampah, cuci baju dan apa sahaja pekerjaan di rumah
Semoga perkongsian ini menjadi panduan untuk kita mendidik anak-anak supaya lebih bersikap baik, beradab atau positif terhadap orang sekitar.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube