suria

Patut la orang Kelantan bijak pandai, rahsianya ialah budu... Jom tengok manfaat sos unik ini

Budu mempunyai rasa yang lazat dan juga menyihatkan. -Gambar hiasan

SEBAGAI makanan tradisional masyarakat pantai timur, budu turut diminati seluruh rakyat Malaysia.

Dibuat daripada ikan bilis dan beberapa lagi jenis ikan lain, budu mempunyai rasa unik dan biasanya dijadikan penaik selera ketika menikmati hidangan nasi.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Cik Dayah menceritakan tentang kebaikan budu kepada kesihatan seseorang.

Menurut Cik Dayah, suaminya yang berasal dari Terengganu sangat meminati masak singgang ikan tongkol yang ditambah budu.

Budu merupakan satu kemestian untuk masyarakat pantai timur. -Gambar hiasan

"Sebenarnya ada seni nak masak budu ni, .Kita kena hiris bawang merah, cili api, lepas tu tuang budu sikit dan perah jus limau nipis.

"Baru ngam rasanya. Gabungan rasa masin, masam dan pedas. Budu ni ialah gabungan beberapa jenis makanan laut yang biasanya terdiri dari ikan yang diperam dari jangka masa tertentu.

"Jangan pandang calang-calang budu ni, dia dah sampai le tahap antarabangsa. Mat salih pun ambil inspirasi untuk buat budu versi mereka sendiri yang dipanggil sos Worcestershire sos.

"Diperbuat dari bahan-bahan dan proses yang hampir sama dengan budu. Bezanya kita makan dengan ulam, mereka makan dengan sayur salad ataupun untuk buat perapan," ujar Cik Dayah.

photo1691275955 (2)

Budu boleh membantu menaikkan selera seseorang itu ketika di meja makan. -Gambar hiasan

Tambah Cik Dayah lagi, kalau ada yang mahu mencuba masakan ala Barat yang memerlukan sos Worcestershire, mungkin boleh gantikan dengan budu.

Seterusnya Cik Dayah menjelaskan bukan sahaja pemakanan budu ini lazat, tetapi ia juga kaya dengan manfaat kesihatan.

"Budu ni sebenarnya bagus untuk kesihatan sebab mengandungi kuman baik probiotik yang sangat bagus untuk usus dan berkhasiat untuk kecerdasan otak.

"Mungkin sebab tu kita tengok orang-orang Terengganu dan Kelantan ni bijak-bijak kot. Jadi makanlah budu, tapi jangan banyak sangat sebab kandungan sodiumnya pun agak tinggi.

Budu enak dijadikan sos cicahan untuk apa-apa sahaja juadah. -Gambar hiasan

"Apa-apa pun, kuncinya kena la bersederhana," kata Cik Dayah.

Sebagai maklumat tambahan berikut adalah beberapa lagi kebaikan budu:

1. Pencegah kanser

Dalam budu, terdapat pelbagai sumber protein dan asid amino yang bagus untuk kesihatan. Antara peptida yang membentuk protein dalam budu ialah pecahan peptida hidrofobik.

Sekumpulan penyelidik di Universiti Kebangsaan Seoul, Korea Selatan pada tahun 2003 menyedari akan manfaat peptida ini.

Mereka melakukan uji kaji ke atas kesan anti karsinogen atau aktiviti melawan kanser menggunakan ekstrak peptida dalam sos ikan bilis atau budu ini.

Kesannya, terdapat peningkatan proses apoptosis atau kemusnahan sel kanser sehingga ke peringkat DNA sel kanser tersebut menggunakan pendekatan ini. Sel kanser yang dikaji mereka ialah kanser limfoma.

2. Kaya dengan protein dan sumber nutrien

Proses penapaian budu sebenarnya menguraikan molekul protein yang besar pada ikan bilis untuk menjadi komponen asid amino yang lebih mudah diserap oleh badan kita.

Kandungan protein yang tinggi ini berguna untuk sistem tubuh selain digunakan bagi menghasilkan proses pembaikan kerosakan sel dan menggantikan sel lama.

Antara khasiat di dalam budu adalah protein, lemak, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan niacin.

3. Mencegah penuaan

Sekumpulan penyelidik di Vietnam pada tahun 2017 turut mengkaji khasiat kesihatan budu atau dikenali sebagai ‘nuoc nam’ di negara mereka.

Mereka mendapati bahawa sebatian bioaktif khususnya bioflavonoid dalam budu atau sos ikan berperanan memperlahankan proses penuaan dan mampu membaiki kerosakan sel dengan cepat.

Kesannya, proses penuaan boleh diperlahankan dan berpotensi menjadikan tubuh badan lebih kuat dan sihat dengan sumber antioksidan yang mencukupi daripada diet pengambilan budu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain