suria

Jika tak mahu peti sejuk cepat rosak, kena elak buat perkara ini... Jangan ambil ringan kalau sayang duit

Menyimpan bahan panas di dalam peti sejuk akan menyebabkan alat elektrik itu cepat rosak.

PETI sejuk di rumah merupakan tempat untuk kita menyimpan makanan dan juga bahan mentah yang lain.

Peralatan elektronik ini merupakan nadi di dapur kerana ia mengekalkan kesegaran bahan masakan dan mengelakkannya daripada cepat rosak.

Namun begitu, walaupun peti sejuk ini boleh beroperasi 24 jam, ia mempunyai satu 'pantang' yang jika dilanggar boleh membinasakannya.

Demonstrasi mengenai peti sejuk di TikTok.

Melalui satu perkongsian di TikTok, penyelenggara barangan elektronik, Hairul Vcool mendedahkan bahawa musuh utama peti sejuk adalah makanan atau minuman yang masih panas.

Makanan yang baru lepas dimasak atau air yang baru didihkan sebagai contohnya jika dimasukkan ke dalam peti sejuk akan memaksa komponen elektroniknya bekerja keras.

Berikut adalah dua komponen elektronik dalam peti sejuk yang boleh mengalami kerosakan kritikal jika amalan sedemikian diteruskan.

Thermal fuse di dalam peti sejuk.

1. Thermal fuse

Sensor yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan ini terletak di sebalik dinding peti sejuk.

Jika sensor ini mengesan sebarang kenaikan suhu yang mendadak melebihi paras tertentu di dalam peti sejuk, thermal fuse akan terus memutuskan bekalan elektrik untuk mengelakkan kebakaran.

"Apabila kita masukkan makanan atau minuman yang masih terlalu panas ke dalam peti sejuk, suhu di dalam peti sejuk tu akan terus berubah dengan cepat. Ais semua akan mencair.

"Dan kalau dilakukan dengan kerap, akhirnya thermal fuse ni akan blow (meletup). Kalau kita tengok catatan pada bahagian thermal fuse ni, ada tertulis yang limit suhu dia ialah 73 Celcius.

"Thermal fuse apabila dah terputus, peti sejuk akan mula jadi tak sejuk dan akhirnya rosak," jelas Hairul Vacool.

Compressor di dalam peti sejuk.

2. Compressor

Compressor merupakan 'jantung' peti sejuk, komponen ini yang menyejukkan suatu peti sejuk itu melalui beberapa kaedah sains.

"Kalau kita kerap masukkan barangan panas ke dalam peti sejuk, compressor boleh jadi gagal untuk berfungsi. Apa logiknya di sebalik ini?

"Sama juga seperti tadi, apabila masakan atau minuman panas dimasukkan ke dalam peti sejuk, suhu di dalam itu akan naik.

"Jadi apabila ini terjadi, compressor kena bekerja kuat lebih daripada kebiasaan untuk menyejukkan masakan tersebut. Selagi masakan itu tak sejuk ke paras suhu yang sepatutnya, compressor akan terus berjalan.

"Akhirnya compressor pun akan mati. Jadi kalau sayang peti sejuk anda dan nak ia tahan lama, jangan langgar pantang larang ni," kata Hairul Vacool.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain