suria

Hati-hati jamu anak makan sosej, jangan biar sendirian! Budak 4 tahun ke bawah paling mudah tercekik makanan

Makanan seperti sosej berisiko menyebabkan kanak-kanak tercekik. -Gambar hiasan

BERBEZA dengan orang dewasa, tak semua makanan boleh diberikan kepada kanak-kanak.

Menurut Public Health Malaysia (PHM), kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah merupakan kumpulan berisiko tinggi untuk tercekik makanan.

"Ia mudah berlaku ke atas kanak-kanak kerana mereka masih belum pandai mengunyah dan hanya menelan makanan sahaja.

"Selain itu, saiz saluran pernafasan yang kecil menyebabkan ia mudah ditutup sepenuhnya terutamanya ketika makan makanan yang keras dan berbentuk bulat," ujar PHM di laman X.

k2

Kanak-kanak juga berisiko tercekik ketika makan anggur.

Ibu bapa bukan sahaja perlu memilih makanan yang bersesuaian, malah saiz dan cara potongannya juga perlu diambil kira.

"Sosej adalah makanan yang paling banyak menyebabkan kejadian tercekik kerana ia bagaikan penyendal yang sempurna untuk saluran pernafasan kanak kanak.

"Jika anda ingin memberi makan makanan seperti hot dog, sayuran dan buah-buahan seperti anggur, pastikan ia di potong kecil dan memanjang. Pantau semasa mereka sedang makan dan pastikan mereka duduk diam," ujar PHM lagi.

Punca utama tercekik

1. Sosej

2. Anggur

3. Kacang

4. Popcorn

5. Gula-gula

6. Kacang

7. Marshmellow

Risiko tercekik makanan adalah

1. Makanan yang keras dan bulat

2. Saiz makanan melebihi setengah inci

3. Makan sambil berjalan dan bermain

4. Makan dalam kenderaan

Teknik Heimlich jika tercekik makanan

1. Pegang bayi dengan satu tangan, kedudukan kepala ke bawah dan lebih rendah dari badan.

2. Tepuk lima kali di antara tulang belikat dengan menggunakan satu tangan

3. Pusing bayi dan kekal pegang dengan satu tangan, dengan menggunakan dua atau tiga jari, tekan tengah dada sebanyak lima kali.

4. Ulang semula sehingga objek tersekat itu keluar.

5. Jika bayi pengsan atau objek masih tidak keluar, telefon talian kecemasan dan lakukan bantuan pernafasan (CPR)

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia