CENDAWAN boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai atau pasar raya, namun penggunaannya dalam masakan tidaklah begitu popular dalam kalangan rakyat negara kita. Di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Mazliana Mazlan berkongsi teknik masakannya yang menggunakan cendawan sebagai pengganti kepada serbuk penambah perasa. "Cendawan boleh jadi pengganti kepada penambah perasa kalau masak sayur untuk anak. Ada yang ambil makanan tinggi dengan monosodium glutamate (MSG) tiruan, dapat kesan sampingan pening, loya, muntah, berdebar-debar. "Kajian pun ada tunjukkan yang MSG ada kaitan dengan obesiti, penyakit metabolik, kesan neurotoksik, dan kesan pada organ peranakan. Antara cendawan yang dijual di pasaran. -Gambar hiasan "Tak sesuai untuk anak-anak kita ya. Sebaiknya elakkan daripada anak-anak seboleh mungkin," ujarnya. Selain itu, Mazliana berkata dia juga mengelakkan penggunaan kiub/serbuk ayam, perencah nasi goreng, perencah mi segera, sos tiram dan kicap dalam masakannya. "Elakkan masak makanan anak-anak kita dengan bahan ini. Semua jenis penambah rasa ni kebanyakkan ada MSG tiruan. "Cendawan, antara sayuran sebenar yang beri rasa umami yang kuat pada lidah kita. Sumber semulajadi pilihan yang lebih baik buat anak-anak," ujarnya lagi. Dia turut menyenaraikan 10 cendawan yang ada di pasaran untuk digunakan dalam masakan. 1. Cendawan butang coklat 2. Cendawan butang putih 3. Cendawan Shiitake 4. Cendawan Portabello 5. Cendawan Tiram Raja 6. Cendawan Inoki 7. Cendawan Tiram Kelabu 8. Cendawan Bunashimeji 9. Cendawan Bunapi 10. Cendawan Shiitake kering Penggunaan cendawan boleh memberi rasa yang lebih sedap dalam masakan. -Gambar hiasan Kata Mazliana, dried shiitake mushroom misalnya, bersifat kering, tahan lama, tinggi dengan glutamate dan boleh memberi rasa umami yang kuat. "Guna sikit je dah sedap hasil masakan kita. Buat mi goreng pun saya kisar dulu cendawan shiitake dan tumis sekali dengan bawang. Serius, sedap lain dari biasa. Korang kena try tau. "Cendawan apa paling bagus? Setiap cendawan ada khasiat terlebih terkurang sikit, tapi umumnya semua ada kebaikan. Umur berapa boleh start makan? Boleh cuba untuk baby 10 bulan ke atas," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube