suria

Formulasi Hempedu Bumi, susu kambing hasil idea pakar botani terkenal di dunia jadi taruhan Figura International

Mohd Hafiz bersama dua produk keluaran Figura International.

BAGI masyarakat yang tinggal di desa, tumbuhan yang dipanggil 'Hempedu Bumi' semestinya bukanlah asing bagi mereka.

Tumbuhan yang dikenali juga sebagai 'akar cerita' ini sudah digunakan secara turun-temurun secara tradisional untuk merawat pelbagai masalah kesihatan.

Antara kebaikan Hempedu Bumi yang digunakan secara tradisional adalah:

1) Demam

2) Batuk

3) Penyakit berjangkit.

4) Darah tinggi

5) Cirit birit

6) Luka

7) Ulser

8) Gigitan serangga

9) Menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan

Pelbagai faedah yang boleh didapati daripada herba itu menyebabkan para saintis berusaha mengkajinya agar dapat dimanfaatkan sebagai ubat moden yang boleh didaftarkan penggunaannya.

hempedu

Pokok hempedu bumi banyak digunakan dalam dunia perubatan moden kini. -Gambar FB Jabatan Pertanian Malaysia

Hasil kajian ke atas tumbuhan ini menunjukkan ianya mengandungi banyak bahan-bahan kimia dari kumpulan diterpenoids lactone dengan kadar antara 65 hingga 70 peratus, contohnya angrographolide dan neoangrographolide.

Bahan kimia ini berkemungkinan menjadi penyumbang besar dalam mengawal dan merawat penyakit-penyakit yang dinyatakan di atas.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tak tahu, banyak kebaikan susu kambing... pendakwah terkenal Ustaz Jafri tampil 3 perasa jenama Faa-iz

Selain itu, terdapat juga sebatian kimia lain yang memperlihatkan ciri-ciri bioaktiviti seperti antimalaria, antikanser, antihipertensi dan perlindungan fungsi hati.

Kajian yang dilakukan mendapati herba ini mampu membantu masalah kesihatan berikut:

1) Menurunkan paras gula

2) Perlindungan fungsi hati

3) Kurangkan sakit sendi (artritis)

4) Kurangkan jangkitan saluran pernafasan

Mengambil manfaat herba ini, syarikat pengeluar produk kesihatan milik penuh bumiputera, Figura International, mengambil langkah memperkenalkan produk minuman berasaskan Hempedu Bumi susu kambing iaitu Figura Goats Milk.

figura 1

Mohd Hafiz Khalid (kiri) bersama Wan Aida Wan Mustapha (tengah) dan Abdul Latiff Mohamad (kanan) menunjukkan produk susu kambing Hempedu Bumi yang pertama di dunia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Figura International, Mohd Hafiz Mohd Khalid, produk susu kambing Hempedu Bumi keluaran syarikatnya adalah yang pertama seumpamanya di dunia.

Produk itu adalah hasil idea pakar penyelidik, Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Latiff Mohamad yang juga pakar botani dari Universiti Kebangsaan Malaysia, bersama pakar analisis kimia UKM, Prof Dr Wan Aida Wan Mustapha dan Prof Dr Noor Hassim Ismail.

"Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Latiff adalah pakar botani terkenal dunia di mana beliau pernah membuat kajian terhadap herba Tongkat Ali sehingga menjadi terkenal ke seluruh dunia.

"Sementara itu Hempedu Bumi adalah herba yang mempunyai nilai perubatan tinggi.

"Jadi idea untuk membuat produk ini muncul ketika pandemik Covid-19 di mana ketika itu kita dapat lihat masyarakat begitu mementingkan penjagaan kesihatan, selain kebergantungan dengan ubat-ubatan moden," ujarnya.

Mahu berkongsi keistimewaan produk yang dihasilkan bersama seluruh rakyat Malaysia, ujar Mohd Hafiz, Figura International berhasrat menyasarkan produknya untuk memasuki pasaran Borneo (Sabah) pada tahun ini kerana menerima sambutan yang baik daripada masyarakat di sana.

Sedar mengenai persaingan dengan syarikat pengeluar produk kesihatan lain, Mohd Hafiz optimis 'buah tangan' yang ditawarkan Figura International mampu menambat hati ramai.

"Mana-mana pun ada persaingan, namun Figura International mempunyai pakar yang tidak disangkal lagi. Tiga pakar inilah keunikan kita," akhirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain