MUSIM cuti persekolahan bakal tiba tidak lama lagi. Selain bercuti atau pulang ke kampung, ibu bapa lazimnya akan menghantar anak lelaki mereka untuk berkhatan. Di samping menjaga kebersihan, daripada segi perubatan pula, berkhatan meminimumkan kemungkinan kanak-kanak dijangkiti penyakit berbahaya akibat kotoran yang terkumpul di hujung zakar. Terdapat beberapa kaedah yang disediakan di klinik untuk dipilih bagi menjalankan khatan. ARTIKEL BERKAITAN: Berapa umur terbaik khatan anak lelaki? Ini teknik, 5 aspek penjagaan selepas bersunat ibu bapa perlu tahu Namun secara umumnya, kaedah yang digunakan secara meluas oleh orang ramai ialah kaedah khatan laser dan khatan biasa. Apakah perbezaan antara dua kaedah ini dan apakah kelebihan serta kekurangannya? Musim cuti persekolahan adalah waktu yang sesuai untuk mengkhatankan kanak-kanak. -Gambar hiasan Jom tambah pengetahuan anda dengan melihat perbandingan antara khatan laser dengan khatan biasa, sebagaimana perkongsian di laman The Asian parent: 1) Berkhatan kaedah konvensional atau khatan biasa - menggunakan gunting atau pisau sebagai alat memotong kulit. - Kulit yang telah dikhatankan perlu dijahit bagi menyambung kulit yang dipotong sementara saluran darah yang terpotong perlu dikepit dengan artery forceps dan diikat dgn benang. Kelebihan: - Kemungkinan untuk terpotong glans zakar adalah sangat rendah. - Prosedur perubatan yang dijalankan adalah sangat tepat sehingga hasilnya agak baik - Semua doktor boleh melakukan prosedur ini. Kelemahan: - Terdapat risiko pendarahan selepas berkhatan dan boleh juga bengkak jika kulit terlalu banyak dipotong, atau jika anak terlalu lasak - Proses berkhatan mengambil masa yang agak lama - Proses penyembuhan selepas berkhatan mengambil masa yang lebih lama Penjagaan selepas berkhatan amat penting agar luka cepat sembuh dan tiada komplikasi. -Gambar hiasan 2) Berkhatan kaedah laser - menggunakan alat Diathermy (laser rod haba) sebagai alat untuk memotong kulit dan menghentikan pendarahan Kelebihan: - Pendarahan yang minima berbanding khatan cara biasa kerana kulit dan salur darah kecil yang dipotong akan terus 'dimatikan' dengan cautery atau laser. - Jahitan perlu dilakukan sama juga seperti khatan cara biasa untuk menyambung kulit yang telah dipotong - Risiko jangkitan kuman agak rendah berbanding khatan cara biasa Kelemahan: - Memerlukan peralatan khusus dan profesional perubatan yang terlatih untuk melaksanakan prosedur. - Dalam beberapa kes, terdapat risiko kecederaan pada tisu sekitar jika laser tidak digunakan dengan betul. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube