suria

Akhirnya jumpa petua cuci periuk belanga stainless steel dengan betul... Katakan tidak kepada berus dawai besi!

Periuk stainless steel mempunyai jangka hayat panjang jika dijaga dengan baik.

PERIUK yang diperbuat daripada keluli tahan karat atau stainless steel boleh dikategorikan sebagai barangan dapur yang premium.

Sungguh sayang sekiranya periuk kesayangan ini mengalami kerosakan akibat daripada kecuaian diri sendiri.

Sekiranya dijaga dengan penuh teliti, periuk stainless steel ini boleh bertahan lama untuk kegunaan bertahun-tahun akan datang.

Ayuh kita lihat pantang larang dalam penjagaan periuk stainless steel yang dikongsikan Angeline Tyy di Facebook.

Pertama, jangan sesekali menggunakan berus besi dan sebarang cecair kimia atau berasid seperti:

1) Asam

2) Jus nanas atau limau

3) Cuka

4) Serbuk penaik

5) Minuman berkarbonat

6) Garam

Periuk milik Angeline Tyy yang berkilat seperti baru dibeli.

Bahan-bahan ini boleh merosakkan permukaan berkilat periuk stainless steel. Apabila permukaan berkilat menjadi kasar, kotoran akan lebih mudah melekat.

Seterusnya, ayuh kita ikuti cara untuk membasuh periuk stainless steel dengan betul.

1) Rendam periuk stainless steel ke dalam air selepas siap memasak.

2) Buang air tersebut.

3) Lap segala minyak, kotoran atau makanan yang melekat pada periuk menggunakan tisu dapur.

4) Selepas itu, baru basuh periuk menggunakan pad hijau yang sudah dibasahkan dengan cecair detergen.

5) Lap dengan tisu dapur kertas untuk mengeringkannya sebelum disimpan, kini periuk akan sentiasa kekal berkilat.

Perkara yang paling penting adalah untuk tidak menggosok periuk stainless steel dengan kuat, cukup sekadar basuhan biasa.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain