suria

Rupanya ada cara mudah dan ‘bermaruah’ ingatkan kawan liat bayar hutang, boleh selesai online je!

Soal hutang tidak sepatutnya diambil ringan oleh mana-mana pihak. -Gambar hiasan

ANDA pasti pernah tersepit dan dalam dilema apabila seorang rakan meminta jasa baik untuk berhutang tetapi kemudiannya liat untuk membayar semula.

"Bro, dompet tertinggal rumah la, aku guna duit kau dulu nak makan ni, nanti aku bayar balik. Kita member kot," ujar seorang sahabat menagih ihsan.

Namun, hari bertukar minggu, hutang tersebut masih belum dilangsaikan, adakah kawan itu benar terlupa atau buat-buat lupa? Hendak bertanya, segan pula.

Jangan risau, sebenarnya ada cara alternatif bagi menggesa rakan tersebut melunaskan hutang, iaitu secara dalam talian melalui aplikasi Maybank Anytime Everyone (MAE).

Ayuh kita lihat bagaimana kaedahnya seperti yang dikongsikan oleh Bie Kitchya di platform Facebook.

1) Buka aplikasi MAE, klik 'Send & Request'

2) Boleh pilih antara 'Request Money' atau 'DuitNow Request'

3) Pilih butiran individu yang ingin diminta hutang (ambil yang kita tahu seperti nombor akaun, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan lain-lain), kemudian klik 'Done'

4) Isi semua butiran yang diminta, klik 'Continue'

5) Masukkan nilai jumlah wang yang individu itu berhutang. Seterusnya, klik simbol butang betul di bahagian kanan bawah

6) Pastikan semua butiran tepat seperti jumlah nilai dan lain-lain, apabila sudah berpuas hati boleh klik 'Send Now'

7) Permintaan pembayaran hutang selamat dihantar, boleh tangkap layar sebagai rekod

8) Kawan yang berhutang akan menerima mesej begini:

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain