suria

Pakar kongsi teknik hapuskan lipan di rumah, tak sangka sangat mudah!

Lipan sering dilihat di kawasan bilik air.

KELIBAT lipan berbisa sudah tidak asing lagi di sesetengah bilik air kerana sifatnya yang menggemari kawasan lembab dan sejuk.

Kebiasaannya jenis lipan sering muncul adalah anaknya yang masih kecil.

Anda disarankan untuk tidak menunggu haiwan ini membesar untuk menghapuskannya kerana ia mampu mengancam kita dengan gigitannya yang berbisa

Ayuh kita lihat perkongsian pakar kawalan haiwan perosak dikenali sebagai Naim AJ Pest tentang cara berkesan untuk menghalau dan membasmi lipan yang menghuni bilik air anda.

1) Bilik air yang kering

Pastikan tandas ada pengudaraan yang baik supaya ia cepat kering selepas setiap kali digunakan. Lipan memang sukakan tempat yang lembab dan sejuk iaitu bilik air.

2) Tabur garam

Taburkan garam di tempat yang selalu ada lipan tetapi tidak digalakkan di bilik air. Kesannya akan cepat hilang kerana keadaan yang basah. Sesuai sekiranya di dapur, beranda atau luar rumah.

3) Semburan cecair pencuci pinggan

Sediakan botol penyembur, kemudian bancuh cecair pencuci pinggan dan masukkan ke dalam botol.

Sembur di kawasan yang lembab atau boleh sembur terus pada lipan yang kelihatan. Lipan yang terkena semburan ini akan mati apabila air sabun mengering.

4) Dapatkan khidmat kawalan haiwan perosak

Petugas yang bertauliah akan menyembur secara berjadual di rumah. Semburan dari racun itu mempunyai kesan berpanjangan.

Setiap kali lipan lalu berhampiran kawan semburan, ia akan terus mati. Termasuklah haiwan melata yang lain juga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain