suria

Barbeku tak ‘sah’ tanpa aluminium foil, rupanya bahayakan kesihatan! Ketahui alternatif lebih selamat

Kaedah memanggang menggunakan foil boleh membahayakan kesihatan. -Gambar kanan (Monique Wüstenhagen)

TIDAK lengkap rasanya jika barbeku dilakukan tanpa menggunakan aluminium foil (kerajang aluminium) atau kuali jenis foil.

Alat ini memudahkan proses memasak makanan di atas pemanggang kerana selepas digunakan, kita hanya perlu membuang foil tersebut tanpa perlu teruk menyental dapur..

Namun, tak ramai tahu bersentuhan dengan bahan yang bersifat asidik atau masin boleh menyebabkan ion aluminium meresap dari foil ke dalam protein hidangan dipanggang.

Sebenarnya, kadar aluminium tinggi yang memasuki badan kita boleh membahayakan kesihatan.

Perkara ini diulas lebih lanjut oleh pakar pemakanan dari pusat nasihat pengguna di Bavaria, Jerman, Daniele Krehl.

Proses memasak protein lebih lama tanpa menggunakan aluminium foil.

Menurutnya, kuali diperbuat daripada keluli tahan karat atau enamel adalah alternatif yang lebih selamat dan lebih mesra alam.

Walaupun memanggang menggunakan kuali mengambil masa lebih lama berbanding membakar terus di atas api dengan makanan dibalut aluminium foil, ia adalah pilihan lebih baik dari segi kesihatan.

Selain memanggang, penggunaan aluminium foil di dapur juga perlu dikurangkan.

Menurut pusat pengguna, aluminium foil tidak sesuai digunakan untuk menutup atau membungkus lemon, hirisan epal, tomato, jeruk, serta makanan masin seperti sosej, ikan, dan keju.

Sebagai alternatif, Daniele menyarankan orang ramai bertukar kepada cling film (filem pelekat) diperbuat daripada plastik atau porselin untuk keselamatan dan kesihatan lebih baik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain