suria

Cuba berhenti ambil gula selama 30 hari... Kesannya luar biasa, kulit pun jadi lebih sihat

Pengambilan gula berlebihan memberi kesan buruk pada tubuh.

PENGAMBILAN gula berlebihan boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan termasuk obesiti dan risiko diabetes.

Justeru adalah penting untuk kita mengatur pengambilan makanan atau minuman manis dengan lebih bijak.

Ini kerana tindakan berhenti daripada mengambil minuman manis selama 30 hari boleh memberi banyak manfaat kesihatan yang ketara kepada tubuh.

Bagaimanapun menurut Healthline dan Health, kesan berhenti daripada pengambilan gula selama sebulan berbeza bagi setiap individu.

Berikut adalah beberapa manfaat yang boleh diperoleh apabila seseorang berhenti menggunakan gula dalam kehidupan seharian:

A kopitiam worker  pouring refined sugar into glass of tea at  a restaurant  in Kuala Lumpur.(12/6/2022). —AZHAR MAHFOF/The Star

Gula banyak digunakan dalam minuman.

1. Mengurangkan risiko diabetes

Berhenti atau mengurangkan pengambilan gula boleh mengurangkan risiko terkena diabetes tahap 2.

Makanan dan minuman manis seperti air bikarbonat, gula-gula dan minuman tenaga mengandungi gula yang mudah diserap, seperti sirap jagung fruktosa tinggi.

Beberapa kajian mengaitkan pengambilan gula berlebihan dengan ketahanan insulin ini boleh menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah dan insulin.

2. Kesihatan mulut dan gigi

Pengambilan gula tambahan daripada minuman manis sangat berkaitan dengan peningkatan risiko gigi berlubang dan kerosakan gigi.

Ini kerana bakteria di dalam mulut memecah gula dan menghasilkan asid yang boleh merosakkan gigi.

3. Kesihatan jantung

Mengurangkan pengambilan gula boleh memberi manfaat kepada kesihatan jantung.

Gula boleh meningkatkan risiko penyakit jantung seperti tekanan darah tinggi, peningkatan trigliserida dan kolesterol.

Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan gula tambahan yang berlebihan dikaitkan dengan risiko serangan jantung dan kematian akibat penyakit jantung.

4. Mengurangkan risiko depresi atau tekanan

Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa minuman manis dikaitkan dengan risiko lebih tinggi terhadap gejala depresi dan kemurungan.

Namun, penyelidikan lanjut diperlukan untuk memahami bagaimana gula boleh mempengaruhi emosi.

5. Meningkatkan kesihatan kulit

Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan keradangan di seluruh tubuh dan peningkatan pengeluaran sebum, iaitu bahan berminyak pada kulit.

Ini boleh menjadikan seseorang lebih cenderung untuk mengalami masalah jerawat.

Selain itu mengurangkan pengambilan gula tambahan juga boleh membantu melambatkan proses penuaan kulit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain