suria

Rupanya tak boleh pakai ‘pantyliner’ setiap hari... Semak 3 perkara ini elak miss V gatal dan berbau akibat keputihan

Masalah keputihan sering dialami segelintir wanita. -Gambar hiasan

MASALAH keputihan dan infeksi pada bahagian kemaluan adalah perkara normal yang dialami sebilangan wanita.

Bagaimanapun, cairan atau lendir yang keluar dari vagina boleh menyebabkan ketidakselesaan sekiranya jumlah yang terhasil adalah banyak, berbau dan mengakibatkan kegatalan.

Kadang kala ia boleh membahayakan terutama wanita yang sedang hamil kerana kuman Group B streptococcus (GBS) boleh terbentuk.

Turut melalui situasi yang sama adalah seorang pelayar laman X yang tampil berkongsi tip daripada seorang doktor tentang cara untuk mengatasinya.

Tambahan pula dia baru sahaja melahirkan cahaya mata pada bulan April lalu.

1. Pakai seluar dalam jenis kapas

Kain yang paling sesuai dan lembut untuk menyentuh kulit faraj semestinya jenis material kapas.

Ia membolehkan alat sulit anda 'bernafas' dan menyerap peluh seterusnya membantu mencegah jangkitan yis yang menjadi punca keputihan.

Mungkin sesetengah individu lebih gemar menggunakan kain satin kerana kelihatan seksi dan cantik.

Namun perlu diketahui bahawa material ini kurang menyerap peluh.

Yogurt membantu mengatasi masalah dalaman wanita.

Yogurt membantu mengatasi masalah dalaman wanita.

2. Elak menggunakan pantyliner

Ramai yang beranggapan penggunaan pantyliner dapat membantu mengawal dan mengatasi masalah keputihan.

Namun sebenarnya, pemakaian secara kerap dan berterusan setiap hari akan menyebabkan kesan lebih buruk berlaku termasuk keradangan pada bahagian vulva atau bibir kemaluan.

Tambahan pula, kebanyakan pantyliner membuatkan alat sulit anda menjadi kering.

3. Amalkan pengambilan probiotic

Sejak kebelakangan ini, pakar kesihatan mula menyarankan pengambilan probiotic dalam diet seharian.

Selain baik untuk usus, ia juga membantu mengurangkan keputihan yang dialami.

Anda bebas untuk menggunakan produk probiotic yang ada di pasaran atau menikmati yougurt asli.

Bagaimanapun, jika anda mengalami masalah keputihan berterusan dan kelihatan tidak normal, silalah berjumpa dengan doktor segera.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan