suria

Encik suami selalu ‘kalah’ awal? Ini kaedah pulihkan kekuatan lelaki tanpa ubat, cuba dulu baru tahu

Mati pucuk boleh berlaku atas beberapa faktor. -Gambar hiasan

MASALAH kegagalan untuk bertahan lama ketika bersama pasangan tidak seharusnya diambil ringan.

Situasi yang berlaku itu pastinya meresahkan para suami kerana masalah dialami sering dikaitkan dengan mati pucuk.

Kebanyakan lelaki yang mengalaminya, enggan mendapatkan rawatan daripada pihak bertauliah seperti doktor kerana bimbang 'disoal selidik' tentang aktiviti harian yang menjadi punca masalah.

Amalan pengambilan ubat-ubatan atau viagra yang dijual di pasaran pula tidak membantu sepenuhnya.

Bagi anda yang berhadapan masalah mati pucuk, bolehlah cuba amalkan senaman kagel seperti dikongsikan pakar kesihatan lelaki, Dr Ahmad Samhan Awang di laman X.

Malasah ereksi boleh menjejaskan hubungan suami isteri. -Gambar hiasan

Malasah ereksi boleh menjejaskan hubungan suami isteri. -Gambar hiasan

Mungkin sebilangan daripada anda beranggapan senaman yang sinonim dengan masalah kesihatan wanita itu hanyalah mitos bagi mengurangkan kebergantungan pada ubat-ubatan.

Namun sebenarnya rawatan tanpa ubatan itu terbukti berkesan.

Malah, berdasarkan kajian yang dilakukan, ia membantu 40 peratus lelaki yang mengalami masalah mati pucuk untuk kembali 'beraksi' seperti normal.

Senaman kagel yang dilakukan ini dapat menguatkan otot-otot di bahagian bawah pinggang terutama otot pubococcygeus iaitu otot yang penting untuk fungsi orgasme lelaki.

Apabila otot lantai pelvis kuat, ia dapat membantu meningkatkan aliran darah ke alat sulit seterusnya membantu mencapai dan mengekalkan ereksi.

Di samping itu, ia membantu memberikan kawalan yang lebih baik terhadap ejakulasi dan meningkatkan prestasi seksual.

Gambar rajah senaman kagel untuk rujukan anda.

Gambar rajah senaman kagel untuk rujukan anda.

Cara lakukannya:

1. Mula dengan berdiri pada posisi tegak.

2. Kemudian berdiri atas kedua-dua lutut dan bengkokkan badan dengan kedua-dua tangan serta kepala diletakkan ke lantai.

3. Duduk dalam posisi tersebut untuk beberapa minit.

4. Selepas itu, tidur dalam keadaan terlentang dan angkat bahagian punggung supaya mendatar dari lutut sehingga kepala.

5. Buat selama lima minit.

6. Langkah seterusnya, meniarap dan angkat kaki kanan sehingga ke paras pinggang beberapa kali.

7. Ulang langkah sama untuk kaki kiri pula.

8. Bagi mendapatkan kesan maksima, lakukan senaman kagel ini sebanyak lima set.

Tip: Buat secara konsisten tiga kali sehari selama empat hingga enam minggu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan