suria

Bakal ibu perlu tahu 5 golongan patut ambil suntikan epidural, elak trauma selepas bersalin

Suntikan bius epidural membantu mengurangkan rasa sakit semasa proses kelahiran.

WANITA hamil sememangnya 'familiar' dengan bius epidural.

Maklumlah, ia satu-satunya kaedah yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin sama ada secara normal mahupun pembedahan caesarean (Czer).

Penggunaan epidural melibatkan suntikan anestetik setempat di bahagian bawah belakang dekat dengan saraf yang menyebar rasa sakit.

Larutan epidural diberi dengan suntikan bolus (suntikan besar dan cepat), infusi berterusan atau menggunakan pam yang dikawal oleh pesakit.

Sebilangan ibu hamil pastinya mengharapkan suntikan bius epidural terutama mereka yang pertama kali melahirkan cahaya mata.

Tambahan pula, ramai yang berkongsi pengalaman kesakitan semasa bersalin.

Anda yang masih keliru sama ada perlu mengambilnya atau tidak, ikuti penjelasan pakar obstetrik dan ginekologi (O&G) Dr Faizan Irdawaty di laman TikTok miliknya.

Risiko kesihatan para ibu antara punca kelahiran pra-matang. -Gambar hiasan

Risiko kesihatan para ibu antara punca kelahiran pra-matang. -Gambar hiasan

1. Kategori low pain treshold

Para ibu yang berada dalam kategori versi 'tidak tahan sakit' digalakkan mengambil suntikan epidural.

Ia bagi membolehkan proses kelahiran berjalan lancar, lebih tenang dan tanpa trauma.

2. Penghidap darah tinggi

Apabila ibu mengambil suntikan epidural, mereka cenderung untuk kurang rasa sakit dan berasa lebih selesa.

Oleh itu, tekanan darah akan lebih terkawal sekali gus mengurangkan risiko lain kepadanya.

3. Masalah jantung

Kebiasaannya pasukan perubatan mahukan ibu yang mengalami masalah kesihatan sebegini berasa lebih selesa ketika proses kelahiran.

Sebolehnya, mereka ini bersalin dalam keadaan tidak sakit bagi mengelakkan stres.

Malah pasukan perubatan juga akan membantu golongan berisiko ini semasa proses 'meneran' dengan menggunakan vacum atau forceps.

4. Kaedah VBAC

VBAC atau Vaginal Birth After C-Section merujuk kepada proses bersalin secara normal selepas kelahiran bayi sebelum ini melalui pembedahan Caesarean.

Bius epidural sememangnya bagus untuk ibu yang termasuk dalam golongan ini.

Ini kerana, sekiranya pasukan perubatan terpaksa melakukan Czer disebabkan oleh prolonged labour (proses kelahiran yang panjang) ataupun 'poor progress', jadi dengan bius ini, para ibu boleh menjalani prosedur kecemasan.

5. Prolonged labour

Mereka yang mempunyai sejarah kelahiran prolonged labour iaitu proses bersalin melebihi enam jam dan kadang kala mencecah 12 jam adalah lebih baik mengambil bius epidural.

Ia bagi membolehkan para ibu tersebut bersalin dalam keadaan lebih tenang dan tanpa trauma.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain