suria

Jangan terus lap, mop kalau berlaku tumpahan di lantai... Buat satu langkah ini dulu, baru senang kerja

Lantai yang melekit dengan kotoran pastinya merimaskan.

TUMPAHAN minyak dan sos di atas lantai boleh membantutkan aktiviti memasak di dapur.

Proses membersihkannya juga agak renyah memandangkan minyak dan sos termasuk dalam kategori kotoran degil, disental berkali-kali belum tentu akan hilang

Melalaui satu hantaran di laman Facebook oleh Chef As, ada dikongsikan petua untuk membersihkan tumpahan di atas lantai secara efektif dan efisien.

Jangan terkejut sekiranya langkah anda selama ini untuk mengemop atau lap menggunakan kain bukanlah teknik yang tepat.

"Tak disarankan untuk terus mop kerana kotoran itu akan merebak ke bahagian lantai yang lain, semakin bertambah kerja anda," ujar Chef As.

Ayuh kita lihat cara yang betul bagi menangani tumpahan di dapur!

Tumpahan di atas lantai boleh dibersihkan dengan lebih mudah menggunakan petua ini.

Langkah-langkah:

1) Ambil tepung gandum dan taburkan di atas tumpahan dengan rata, biarkan ia seketika untuk menyerap minyak, sos atau sebarang cecair lain yang tertumpah.

2) Selepas beberapa minit, anda dapat lihat tumpahan menjadi bergumpal kerana bercampur dengan tepung, seterusnya gunakan sarung tangan untuk mengaut kesemua gumpalan tersebut.

3) Akhir sekali, anda boleh lap atau mop lantai seperti biasa di tempat yang terjejas, tidak perlu lagi membuat kerja berulang kali.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Chef As

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan