LESUNG batu di dapur sering digunakan untuk menumbuk ramuan bagi tujuan memasak. Tahukah anda, ramai yang sudah menggunakan lesung batu selama bertahun-tahun, tetapi terlepas pandang untuk 'merasmikannya' ketika kali pertama digunakan. Melalui satu hantaran di laman TikTok, seorang suri rumah yang menggunakan akaun icookweeat berkongsikan petua sebelum menggunakan lesung batu baharu anda. "Proses ni penting untuk membuang serpihan atau serbuk yang ada di dalam lesung batu itu, kalau tidak ia akan bercampur dengan bahan makanan apabila kita tumbuk. "Kalau sesiapa yang terlupa nak buat sebelum ni, masih boleh lakukan proses ini sekarang," ujarnya Ayuh kita lihat bagaimana caranya! Teknik mudah untuk membersihkan lesung batu. Langkah-langkah: .1) Tuang air dalam lesung batu, rendam semalaman, tidak perlu letak sabun. 2) Keesokan hari boleh keluarkan lesung batu itu, dalam keadaan ia masih basah masukkan satu sudu besar beras. 3) Kemudian tumbuk beras itu sehingga lumat, ratakan beras yang sudah dilenyek tersebut ke seluruh permukaan dalam lesung batu. 4) Beberapa minit kemudian, anda akan dapat lihat warna beras itu bertukar kekelabuan, bermaksud debu di dalam lesung batu sudah ditanggalkan dengan jayanya, barulah bersih. 5) Akhir sekali, bilas lesung batu itu dengan menggunakan air bersih, ia kini sudah sedia untuk digunakan. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - icookweeat Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube