suria

Tak semua menggemukkan... Ketahui jenis roti sesuai dan bahaya untuk orang sedang diet

Pantang larang perlu dijaga ketika berdiet dan mengamalkan gaya hidup sihat.

BAGI sesiapa yang sedang berusaha mendapatkan tubuh lebih sihat dan menarik bentuknya, aspek pengambilan kalori perlu diberi perhatian.

Antara makanan yang menjadi penyumbang kepada peningkatan kalori adalah hidangan berkarbohidrat seperti roti.

Melalui satu hantaran di laman Instagram oleh HKT Original HQ, ada dikongsikan beberapa jenis roti yang mesra diet serta roti yang perlu dielakkan.

Ayuh kita lihat!

Bukan semua roti sesuai untuk individu yang sedang dalam misi melangsingkan badan. -Gambar hiasan

1) Roti putih

Jenis roti ini perlu dielakkan sama sekali bagi mereka yang sedang berdiet, ia berikutan kandungan indeks glisemik (GI) serta gula yang tinggi.

Untuk makluman, indeks glisemik merujuk kepada ukuran kandungan karbohidrat di dalam makanan yang berupaya meningkatkan glukosa darah.

Antara keburukan lain makan roti putih adalah anda cepat berasa lapar walau dalam masa sejam selepas roti dijamah, boleh menyebabkan anda terbabas dalam usaha mengawal pengambilan kalori.

2) Roti mil penuh (wholemeal)

Roti ini sangat disarankan untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan, dengan indeks glisemik berada pada paras ideal iaitu 55.

Sekali makan boleh kenyang sampai petang, barulah perut tidak meronta-ronta minta diisi.

3) Roti gandum ungu Kanada

Satu inovasi baharu, roti ini menjanjikan khasiat berganda dengan indeks glisemik hanya pada paras 50.

Serat yang tinggi di dalam roti ini juga membantu anda cepat kenyang walaupun dimakan dalam kuantiti sedikit, pasti gaya hidup lebih sihat.

Semoga bermanfaat! - HKT Original HQ

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain