TUKANG urut sering dicari untuk membantu merawat rasa lenguh atau badan berangin, yang mana kaedah ini dikategorikan sebagai rawatan alternatif. Tahukah anda, urutan ini sebenarnya boleh dilakukan sendiri di rumah dengan anda perlu mempelajari tekniknya yang cukup mudah. Melalui satu hantaran di laman TikTok oleh Daisy Jie, ada dikongsikan petua berkaitan 'butang' yang terdapat padan badan. "Bahagian pada badan ini sekiranya diurut dan ditekan boleh mengurangkan sakit-sakit tertentu," ujar Daisy. 1) Sakit tengkuk akibat salah tidur Genggam tangan anda menjadi penumbuk, kemudian urut di antara jari telunjuk dan jari tengah, pastikan 1 sentimeter (cm) ke bawah. 2) Rasa badan berangin Tekan dan urut di bahagian tengah perut atau urut di bahagian bawah ketiak. 3) Masalah sembelit Tepuk kepala sebanyak tiga kali. 4) Batuk tanpa henti Tekan antara tulang selangka sebanyak beberapa kali. Tulang selangka atau collar bone terletak secara melintang dari bahu kiri ke bahu kanan. 5) Masalah susah tidur Tekan pada tapak tangan, di bahagian bawah jari manis selama 30 saat. 6) Aliran haid menjadi lancar Urut pada bahagian atas buku lali. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Daisy Jie Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube