PETI sejuk menggunakan banyak tenaga elektrik untuk berfungsi, namun ia tetap diperlukan bagi mengekalkan kesegaran bahan mentah dan barangan dapur lain. Melalui perkongsian di laman TikTok, seorang pakar perkakas elektrik dikenali sebagai Hairul Vcool mendedahkan satu kesilapan dilakukan orang ramai ketika menggunakan peti sejuk. Menurut Hairul Vcool, kesilapan ini boleh menyebabkan bil elektrik anda semakin meningkat dalam jangka masa panjang. Tempat kebocoran selalu berlaku. Aturan barang pada pintu peti sejuk Hairul Vcool menasihatkan orang ramai supaya tidak meletakkan bekas yang berat seperti botol air, sos cili dan sebagainya pada ruang penyimpanan di pintu peti sejuk. "Memang dekat pintu sejuk ni kita boleh letak barang, tapi janganlah sumbat semua sampai sendat, nanti lama-kelamaan pintu itu akan jadi senget ke bawah akibat menampung berat. "Apa jadi kalau pintu peti sejuk ini sudah senget? Nanti ada kebocoran udara sejuk dari dalam kerana pintu tidak dapat ditutup dengan rapat. "Sekali gus sistem peti sejuk terpaksa bekerja lebih keras dan bil elektrik anda akan menaik. Kalau sekilas pandang dari luar, susah nak perasan sekiranya pintu peti sejuk kita senget atau tidak. "Kita boleh periksa dengan menutup pintu peti sejuk, kemudian kita lalukan jari pada bahagian bergetah dekat tepi pintu, kalau rasa ada angin sejuk sepoi-sepoi bahasa, maksudnya ada kebocoran la tu," jelas Hairul Vcool panjang-lebar. Semoga bermanfaat! - Hairul Vcool Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube