KAJIAN menunjukkan bahawa probiotik boleh menguatkan sistem imun, mengurangkan risiko jangkitan pernafasan dan mengurangkan masalah pencernaan. Justeru, pengambilan probiotik sangat penting untuk memastikan keseimbangan mikroorganisma dalam usus, seterusnya menyokong fungsi sistem imun yang lebih baik. Probiotik juga dapat membantu mencegah masalah pencernaan seperti sembelit, cirit-birit, sindrom iritasi usus, serta meningkatkan kesihatan keseluruhan dengan memperbaiki penyerapan nutrien. ARTIKEL BERKAITAN: Kalau dah mula batuk-batuk, cuba amalkan petua buah oren ini... Elok rawat sebelum melarat Oleh itu, memasukkan probiotik dalam diet harian boleh memberikan manfaat yang besar kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh. Meskipun terdapat pelbagai produk probiotik yang tersedia di pasaran, namun sebenarnya anda boleh membuat sendiri minuman probiotik di rumah. Seorang perawat yang juga pakar urut bertauliah, Abdullah Jamadi berkongsi cara untuk membuat sendiri (DIY) probiotik menerusi satu perkongsian di TikTok, sebagai panduan bersama. Campuran bahan untuk menghasilkan probiotik perlu diperam sehingga dua atau tiga minggu. Bahan-bahan yang diperlukan: Botol kaca Gula Halia Kunyit Asam jawa Cara-caranya: 1) Halia, kunyit dan asam jawa boleh dikisar, ditumbuk, direbus atau dimasukkan saja dalam satu bekas. 2) Jika anda memilih untuk kisar, tapis air tiga bahan tadi dan masukkan ke dalam botol 3) Perkara paling penting, pastikan sukatan 100 gram gula bersamaan dengan 1 liter air (termasuk air digunakan untuk merebus atau mengisar bahan-bahan tadi) 4) Tutup botol menggunakan kain, tetapi tidak perlu ditutup keseluruhan 5) Simpan botol berisi bahan-bahan tersebut di tempat gelap atau tidak terkena cahaya matahari 6) Biarkan atau peram dalam tempoh dua hingga tiga minggu. Jika nak guna lebih cepat, boleh letakkan dua sudu cuka epal dan peram antara lima hingga tujuh hari 7) Selepas habis tempoh peram, simpan botol di dalam peti ais. Probitik DIY sedia untuk diminum Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube