suria

Tanam azam 2025 untuk lebih sihat, apa kata mula dengan larian... Modal rendah tapi berkesan!

Sukan larian adalah senaman paling mudah untuk pemula yang ingin menambah rutin sihat dalam kehidupan. -Gambar hiasan

BERBAKI kurang dua minggu sahaja lagi, tahun 2025 akan mula membuka tirainya.

Pasti ramai dalam kalangan kita sudah menetapkan azam, matlamat dan sasaran untuk tahun baharu.

Bagi yang berazam untuk menjadi lebih sihat, mendapatkan badan yang fit dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan, apa kata anda mulakan dulu dengan aktiviti larian?

Bukan sahaja paling fleksibel, malah ia tidak memerlukan kos yang tinggi berbanding dengan sukan lain.

Hanya dengan kasut serta pakaian selesa, lokasi yang selamat anda sudah boleh memulakan aktiviti ini dengan usaha yang minimum.

Berikut adalah beberapa tip buat anda yang baru berjinak-jinak dalam sukan larian, seperti yang dikongsikan @SyazwanHaziq di TikTok:

Untitled design (9)

Jenis kasut dan material baju memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan keselesaan semasa berlari.

1. Melabur untuk pakaian larian

- Ini adalah langkah pertama dan sangat penting sebelum anda mulakan sukan larian.

- Elakkan memakai pakaian daripada material kapas kerana ia mudah menyerap peluh, menjadikannya berat dan tidak selesa.

- Sebaliknya, pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan seperti nylon atau poliester yang cepat kering dan mampu menyerap peluh dengan baik, memastikan tubuh sentiasa selesa walaupun berlari dalam cuaca panas.

- Kasut larian juga memainkan peranan penting dalam pengalaman berlari. Bagi pemula, amat disaran agar anda mengelakkan memakai kasut sneaker biasa atau kasut bundle yang tidak direka khas untuk menahan tekanan aktiviti larian.

- Kasut khas untuk larian dilengkapi dengan ciri-ciri seperti cushioning yang baik untuk menyerap hentakan dan fungsi return energy yang membantu memberikan tolakan tambahan semasa berlari.

- Walaupun kasut berkualiti mungkin agak mahal, ia adalah pelaburan berbaloi untuk kesihatan dan keselamatan kaki anda, terutama untuk mengelakkan kecederaan seperti plantar fasciitis atau shin splints.

Berlari mengikut kemampuan badan

Berlari mengikut kemampuan badan. -Gambar hiasan

2. Jangan kejar pace di awal permulaan

- Kesilapan biasa pelari baharu adalah berlari terlalu laju tanpa mengukur kemampuan badan sendiri. Sebenarnya, tiada jarak atau pace tertentu yang perlu diikuti pada peringkat awal.

- Sebaliknya, fokuslah untuk membina endurance dan fasa aerobik terlebih dahulu.

Berikut adalah panduan ringkas untuk bermula:

Minggu 1: Lari selama 1 minit, diikuti dengan berjalan selama 1 minit. Ulang sehingga cukup 30 minit.

Minggu 2: Tingkatkan kepada 2 minit lari dan 2 minit berjalan.

Minggu 3: Cuba 3 minit lari dan 2 minit berjalan.

Minggu 4: Capai 5 minit lari dan 1 minit berjalan.

Tip tambahan, berlari santai pada pace yang membolehkan anda berbual dengan rakan. Itu menandakan anda tidak terlampau memaksa diri ketika berlari.

Interview with running community organiser Salehuddin and two of his runners at Rawang. — FAIHAN GHANI/The Star

Senaman pemanasan membantu mempersiapkan badan sebelum berlari.

3. Amalkan running drills dan strength training

- Penting untuk mengaplikasikan teknik larian yang betul.

- Running drills seperti high knees dan butt kicks dapat membantu memperbaiki postur larian anda.

- Latihan ini bukan sahaja menjadikan pergerakan lebih efisien, tetapi juga meningkatkan fleksibiliti otot dan mencegah kecederaan.

- Bagi strength training pula sering diabaikan oleh pelari, tetapi ia sangat penting untuk menguatkan otot kaki dan menyokong sendi.

- Dengan latihan kekuatan seperti squats dan lunges, kaki akan menjadi lebih tahan lasak, membolehkan anda berlari lebih jauh tanpa merasa lenguh.

- Memulakan larian bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi usaha ini pasti berbaloi.

- Jadi, tunggu apa lagi? Mulakan tahun 2025 dengan langkah yang sihat, dan jadikan larian sebahagian daripada rutin harian anda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain