suria

Demam viral tak kebah? Cuba rendam kaki dalam 3 bahan ini, sekejap je dah rasa perubahan

Seorang individu berkongsi penawar merawat demam viral. -Foto FB Tokjanggut

JIKA ada dalam kalangan anda mengalami simptom seperti demam yang tinggi, mata kepanasan, sakit kepala, sakit badan dan kadang-kadang loya atau muntah, berkemungkinan besar ia adalah demam viral (viral fever).

Demam viral adalah perkara biasa yang menjangkiti kanak-kanak ataupun orang tua kerana imuniti mereka lebih rendah.

Memang lesu badan dibuatnya jika demam tak kebah-kebah.

Selain mendapatkan rawatan di klinik, tidak salah jika kita cuba berikhtiar dengan beberapa langkah di rumah untuk membantu meredakan simptom demam viral ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Henti beri bayi air masak, minum susu sudah memadai... Bukan saja-saja, rupanya ada sebab doktor larang

Menerusi hantaran di Facebook, seorang individu dikenali sebagai @Tokjanggut berkongsi petua meredakan demam viral berdasarkan pengalamannya sendiri.

Berikut adalah perkongsiannya mengenai cara menyediakan penawar demam viral:

Bahan-bahan:

- Garam kasar (anggaran boleh selam kedua-dua kaki)

- Tiga genggam lada hitam

- Tujuh atau sembilan biji limau nipis

demam 1

Demam yang berlarutan sehingga beberapa hari membuatkan tubuh badan lemah. -Gambar hiasan

Cara-caranya:

1) Campurkan garam kasar dan lada hitam di dalam besen kecil

2) Potong dan perah limau nipis di dalam campuran tadi (jangan tambah air). Masukkan juga potongan limau nipis

3) Rendam dan gesel-geselkan kaki sehingga garam kasar hancur dan menjadi sebati dengan air perahan limau

4) Sambil itu, baca surah Al-Fatihah (tiga kali) dan Ayat Kursi (sembilan atau 11 kali)

"Alhamdulillah malam ketiga. Banyak dah rasa perubahan. Apa pun niatlah pada Allah yang maha penyembuh.

"Dan paling baik disulam dengan minum air kelapa muda tanpa gula dan air batu selama tiga hari. Sehari dua atau tiga biji air kelapa muda. Sama-sama kita kongsikan sedikit kebaikan," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain