MASYARAKAT masa kini semakin sedar dan prihatin terhadap isu kesihatan mental.
Namun ada kalanya isu ini dieksploitasi individu tidak bertanggungjawab bagi meraih simpati atau untuk kepentingan diri sendiri.
Melalui satu hantaran di laman X, seorang wanita tampil berkongsi pengalamannya berdepan dengan golongan sedemikian.
Masalah kesihatan mental perlu dipandang serius. -Gambar hiasan
Menurutnya, kelompok tersebut tidak mempunyai inisiatif untuk memperbaiki diri sehingga sanggup membebankan orang sekeliling.
"Maaf jika perspektif saya ini tidak dapat diterima orang ramai. Sejujurnya saya sedikit ralat dengan mereka yang sedar dirinya mempunyai masalah mental, tapi masih kekal macam tu selama bertahun-tahun.
"Mereka seolah-olah tiada rasa tanggungjawab, cuma harapkan orang untuk tolong pikul masalah mereka. Sikap macam ni saya boleh gambarkan sebagai mementingkan diri.
ARTIKEL BERKAITAN: Doktor sayu pesakit nazak sering bawa khabar ‘gembira’ buat keluarga sebelum pergi... Kongsi tanda seseorang itu ‘dah tak lama’
ARTIKEL BERKAITAN: Tak mengaku penyondol, wanita bagi alasan sakit mental dekati suami orang... Tahu buat salah tapi ‘dahaga’ perhatian
"Sudah banyak yang saya saksikan, sesetengah mereka gunakan alasan sakit mental ini untuk memperdaya orang supaya rasa bersalah, berperangai toksik dan membuat perkara yang menyakitkan hati orang lain.
"Kononnya sebab bergelar pesakit mental, mereka bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa perlu menanggung akibat," ujar wanita itu meluahkan isi hatinya.
Tambahnya lagi, sudah tiba masanya untuk pihak yang dimaksudkan itu bertanggungjawab atas tindakan mereka.
Nak uruskan pesakit mental ni bukan mudah, banyak benda kecil yang perlu diberikan perhatian.
WARGA MAYA
"Apa pun yang sedang berlaku dalam hidup awak sekarang, sama ada berpunca daripada masa silam atau trauma, awak kena bangkit untuk menggalasnya. Jangan hanya tahu campak dekat orang sekeliling," katanya menutup kata.
Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya turut menyokong perspektif yang dikemukakan wanita itu.
"Orang macam ni awal-awal mungkin kita rasa simpati, ringan hati nak tolong, tapi lama-kelamaan kita pun muak dengan perangai mereka. Asyik kita je yang perlu fikir tentang keadaan mereka, kita ni pula siapa yang nak fikir?
Pelayar bertukar pandangan.
"Kita nasihatkan la apa pun tak jalan, ibarat mencurah air ke daun keladi. Nak uruskan pesakit mental ni bukan mudah, banyak benda kecil yang perlu diberikan perhatian. Orang yang paling penyabar pun belum tentu boleh bertahan.
"Golongan pesakit mental ni saya perasan mereka dahagakan perhatian, nak semua spotlight ke arah mereka je, menyampah rasa," demikian kata sebahagian warga maya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube