SEGELINTIR suri rumah pasti berdepan dengan dilema yang satu ini, iaitu mahu membantu suami menjana pendapatan tambahan untuk keluarga namun pada masa sama terkejar-kejar untuk menguruskan hal rumah tangga. Dek kerana bekerja dan pada masa sama terikat dengan tanggungjawab sebagai isteri serta ibu, tidak dinafikan ia boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental. Bagi wanita bernama Fatin Aqilla Zainal Abidin ini, dia juga seperti kebanyakan suri rumah lain yang mahu menaik taraf ekonomi keluarga, namun perlu mempertimbangkan pilihan pekerjaan yang lebih fleksibel terutama dari segi masa. "Saya nak kerja yang boleh membantu saya menjana pendapatan, tapi tak nak terikat dengan waktu bekerja macam di pejabat, 9 pagi sehingga 5 petang," ujarnya. Ibu kepada seorang cahaya mata berusia tiga tahun ini berkata, dia kemudian mengambil langkah berani dengan menyertai Lalamove sebagai rakan penghantar (kereta) secara sambilan. Dapat sokongan suami Salah satu faktor yang mendorongnya memilih untuk melakukan pekerjaan tersebut sudah semestinya kerana dia boleh bekerja secara fleksibel. "Dengan Lalamove, saya boleh ambil kerja penghantaran pada bila-bila masa, tak kira hari. Fatin gembira kerana boleh menjana pendapatan dan pada masa sama menjaga anaknya "Suami pun sokong keputusan saya untuk bekerja dengan Lalamove, asalkan saya boleh membahagikan masa antara bekerja dan memberi perhatian kepada anak. "Saya buat penghantaran untuk pelanggan-pelanggan Lalamove yang terdiri daripada orang ramai dan bisnes-bisnes kecil. Biasanya, saya boleh dapat paling kurang tiga job sehari. "Tapi kalau dah nak dekat Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Deepavali, atau apa-apa saja perayaan atau sambutan contohnya sempena Hari Ibu, boleh dapat sampai lapan pesanan sehari," ujar wanita berusia 29 tahun ini lagi. Usaha lebih, banyak pendapatan Menurut Fatin, dia tidak menyangka sudah melakukan pekerjaan sebagai penghantar barang selama setahun. Walaupun bekerja separuh masa, wanita yang menetap di Gombak ini ternyata gembira menyertai Lalamove kerana mampu meraih pendapatan yang boleh dikatakan lumayan. "Sejak kerja dengan Lalamove, saya dapat support buat belanja rumah. Pendapatan juga dapat tampung kos petrol dan servis kereta, siap ada lebih lagi untuk beli barang dapur. "Kalau bulan tu dapat banyak job, banyak la pendapatan. Boleh la sekali-sekala nak belanja suami dan anak makan di luar. "Pendapatan saya paling banyak setakat ini cecah RM2,900 sebulan. Masa tu saya banyak ambil kerja hujung minggu sebab trafik lagi lancar dan suami pun boleh menguruskan anak," ujarnya sambil menambah pendapatan tersebut berbaloi kerana ia dilakukan secara sambilan. Fatin teruja menikmati pelbagai faedah dan manfaat sejak menyertai Lalamove. Kelebihan, manfaat sertai Lalamove Bukan sekadar itu, antara faktor yang membuatkan wanita ini teruja melakukan kerja servis penghantaran adalah disebabkan pelbagai faedah dan manfaat yang dinikmatinya sejak menyertai Lalamove. "Saya paling enjoy join mission dalam aplikasi Lalamove. Kalau saya dapat capai target penghantaran dalam masa yang diberikan Lalamove, boleh dapat insentif on top of regular rate yang saya dapat daripada penghantaran lain. Lalamove menawarkan pelbagai faedah dan manfaat kepada rakan penghantarnya. "Lepas tu, sekarang saya isi petrol di Shell. Driver Lalamove ada kelebihan untuk dapat lagi banyak point Bonuslink apabila isi minyak di Shell. Saya sendiri boleh dapat lima kali lagi banyak point Bonuslink untuk setiap liter minyak Shell. "Selain itu, sekarang saya dan suami suka bawa anak makan di restoran mamak Thaqwa sebab dapat diskaun 10 peratus setiap kali makan. Dengar kata ada diskaun servis kereta untuk driver Lalamove juga, tapi saya belum berkesempatan guna kelebihan ni," kongsinya. Ramai wajar rebut peluang Sekadar berkongsi kisahnya untuk dijadikan inspirasi kepada golongan suri rumah yang mahu menjana pendapatan tambahan, Fatin turut menyarankan orang ramai khususnya dari golongan B40 untuk meraih pendapatan sampingan dengan menyertai Lalamove. "Sesiapa saja boleh sertai Lalamove, asalkan ada kereta, motosikal, van, trak atau lori. Terpulang pada kita, nak buat penghantaran banyak mana pun. "Bila sudah ada peluang tu, rugilah kalau kita tak ambil kesempatan. Sekurang-kurangnya seminggu dapat RM50 atau RM100, bagi saya itu pun rezeki. Nak rezeki lebih, kena kerja lebih, kan gitu? "Hidup ini bukan kita sentiasa di atas atau hidup senang. Tapi kita ada pilihan memberikan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Terpulang pada kita, sama ada nak terus bagi alasan atau bertindak untuk cari penyelesaian. "Kalau asyik cari alasan saja, tak gerak ke mana-mana. Tapi kalau sentiasa berusaha, InsyaAllah akan ada jalan penyelesaiannya," akhirinya. Sebagaimana perkongsian kisah Fatin, apa yang pasti, peluang untuk menambah pendapatan sampingan kini terbentang luas. Bukan setakat 'masyuk' dan berpeluang bekerja secara fleksibel, malah Lalamove turut menawarkan beberapa ganjaran istimewa di bawah Program Ganjaran Rakan Penghantar Lalamove. Antara kelebihan yang bakal dinikmati adalah: 1) Diskaun 10 peratus di restoran Thaqwa Classic 2) Diskaun 15 peratus di Pasta Panas 3) Diskaun di Shell serta peluang untuk meraih sehingga 5 kali mata Bonuslink 4) Diskaun 20 peratus untuk servis dan alat gantian terpilih di Autohaus KL 5) Diskaun sehingga RM80 untuk produk Liqui Moly 6) Diskaun sehingga RM120 untuk tayar Hankook 7) Insurans kemalangan peribadi percuma dengan setiap pesanan penghantaran Lalamove Untuk maklumat lanjut berkaitan ganjaran Lalamove, boleh layari SINI Klik sini untuk menyertai Lalamove sebagai Rakan Penghantar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube