suria

Atlet paling kontroversi di Olimpik Paris! Ini 12 fakta tentang Imane Khelif... Perempuan tapi dituduh lelaki

Imane Khelif menjadi bualan ramai selepas kemenangan kontroversinya ke atas petinju Itali.

PELBAGAI kontroversi menyelubungi temasya Olimpik Paris 2024 sejak ia membuka tirainya pada 27 Julai lalu.

Di sebalik cerita-cerita kurang enak yang menjadi bualan, nama petinju wanita Algeria, Imane Khelif paling hangat diperkatakan ketika ini.

Imene Khelif tular selepas dia mengalahkan petinju Itali, Angela Carini menerusi pertarungan kategori 66kg dalam tempoh 46 saat sahaja.

imane5

Imane Khelif ketika zaman kanak-kanak.

Namun, ramai yang mula membuat tohmahan dan mempertikaikan jantina sebenar Imane Khelif memandangkan dia memiliki fizikal yang kelihatan lebih maskulin.

Berikut kami kongsikan 12 fakta tentang Imane Khelif:

1. Dilahirkan pada 2 Mei 1999, petinju wanita berusia 25 tahun ini berasal dari Tiaret, barat laut Algeria.

imane 2

Petinju Algeria ini boleh bertutur dalam bahasa Arab dan Perancis.

2. Minatnya dalam bidang sukan pernah dihalang oleh keluarga kerana bapanya beranggapan tinju tidak sesuai untuk kaum Hawa.

3. Memulakan karier pada tahun 2018, Imane Khelif juga pernah beraksi di Temasya Olimpik Tokyo 2020, namun hanya sampai ke peringkat suku akhir sahaja.

4. Penyertaan Imane Khelif di Kejuaraan Tinju Dunia Wanita pada Mac 2023 dibatalkan ekoran kegagalannya memenuhi kriteria kelayakan.

5. Keputusan membatalkan penyertaan Imane Khelif dibuat kerana dia mempunyai kadar testosteron yang tinggi dan mempunyai kelebihan daya saing berbanding atlet wanita lain.

imane 4

Imane Khelif gemar memasak ketika berkelapangan.

6. Presiden Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) Umar Kremlev didakwa memberitahu agensi berita Rusia TASS pada tahun lepas bahawa Imane Khelif mempunyai kromosom XY - sepasang kromosom yang biasanya dimiliki oleh lelaki.

7. Meskipun berdepan masalah itu pada tahun lalu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada tahun ini bagaimanapun membenarkan penyertaannya ke Olimpik Paris kerana dia memenuhi segala syarat dan kriteria yang ditetapkan.

8. Kontroversi perlawanan Imane Khelif dengan Angela Carini turut mengundang perhatian jutawan teknologi, Elon Musk yang dilihat menyokong supaya tiada atlet lelaki menyertai acara sukan wanita.

imane3

Petinju berusia 25 tahun ini jadi bualan kerana dituduh sebagai lelaki.

9. Imane Khelif mempunyai 197,000 pengikut di Instagram.

10. Menurut laman sesawang Olimpik, hobi Imane Khelif adalah memasak.

11. Imane Khelif juga boleh bertutur dalam bahasa Arab dan Perancis.

12. Dia juga menjadikan petinju legenda, Muhammad Ali sebagai idolanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain