suria

Jangan dibuang botol air yang lama tak diguna, berbau hapak! Guna cara mudah ini untuk mencucinya

Botol minuman yang sudah lama boleh dicuci dan nampak seperti baharu.

SEIRING dengan berjalannya waktu, botol minuman plastik pasti akan menjadi kusam dan adakalanya nampak berkerak. Apatah lagi ketika ini kebanyakan botol air dibiar tanpa digunakan kerana anak-anak hanya belajar di rumah.

Botol plastik yang terbiar dalam tempoh yang lama bukan sahaja membuatkan warnanya pudar tetapi meninggalkan bau hapak.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengait bukan sahaja hilangkan stres tetapi mampu kurangkan rasa cemas, tingkatkan keyakinan diri

Sebenarnya ini bukan masalah besar sebaliknya ada beberapa cara boleh dilakukan untuk menghilangkan bau hapak itu.

1. Perah lemon

Langkah pertama yang boleh dilakukan adalah memerah sedikit jus lemon ke dalam bekas plastik dan campurkan sedikit air bagi melarutkan jus itu.

Goncang bekas minuman agar jus dapat merata di permukaan bahagian dalam dan biarkan selama 30 minit ke satu jam.

2. Masukkan beras

Selepas sejam, masukkan beras ke dalam botol plastik yang berisi jus lemon dan tambah air di dalamnya. Goncang dengan kuat botol itu dan biarkan ia seketika.

3. Goncang botol

Selepas itu goncang botol dengan kuat bagi membolehkan bahan-bahan di dalam bekas plastik itu dibersihkan. Selepas itu biarkan selama 10 minit sebelum dicuci seperti biasa menggunakan sabun dan air bersih.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain