suria

Pandangan terhad memandu ketika hujan, guna water repellant hanya undang bahaya

Penggunaan water repellant pada cermin sisi boleh menyebabkan kesan kabus.

DALAM aspek penjagaan kenderaan, cermin sisi (side mirror) merupakan komponen penting yang memerlukan perlindungan khusus terhadap persekitaran seperti air dan habuk.

Namun, nasihat yang kurang tepat mengenai cecair produk perlindungan untuk cermin sisi sering kali menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pemilik kenderaan.

Bagi Shamsinor Zaman, ramai memberi saranan untuk dia menggunakan 'water repellant', namun sebenarnya penggunaan produk ini pada cermin sisi adalah tidak sesuai.

Dalam hantaran di Facebook, dia memberi penjelasan mengapa produk tersebut tidak sesuai digunakan pada cermin sisi kereta.

1. Reka bentuk cermin sisi (side mirror)

Cermin kereta biasanya dilindungi oleh housing (penutup) yang menghalang angin daripada bertiup langsung pada cermin.

Dengan angin yang terhad, butiran air pada side mirror tidak akan jatuh menitik dengan cepat sehinggalah tiitsan menjadi cukup besar.

Housing yang direka untuk mengelakkan percikan air juga menghalang penurunan butiran air dengan efisien.

Water repellant biasanya diletakkan pada cermin selepas kereta dicuci. -Gambar hiasan

2. Kesan pada penglihatan

Water repellant pada cermin akan menyebabkan air membentuk butiran kecil yang mengganggu penglihatan menjadi berkabus (visual terhad).

Permukaan cermin akan menjadi seperti pelbagai pemantul cembung, yang mengakibatkan imej dalam side mirror menjadi kabur, terhad dan sukar dilihat.

3. Apa alternatif terbaik untuk cermin sisi?

Untuk memastikan penglihatan yang jelas dalam keadaan hujan, anda boleh menggunakan produk yang dipanggil 'water attractor' atau dalam istilah sebenar, bahan hidrophilic.

Bahan ini berfungsi dengan membuat air melekat dengan sekata pada permukaan cermin, menjadikannya seperti lapisan plastik jernih yang nipis.

Ini mengurangkan pembiasan imej dan memastikan pandangan dalam 'side mirror' lebih jelas.

Elakkan diri daripada menggunakan bahan hidrophilic pada cermin depan atau cermin tingkap pemandu dan penumpang depan.

Apabila kereta bergerak, lapisan nipis air ini boleh menjadi bergulung dan mengganggu penglihatan.

Hindari daripada penggunaan produk perlindungan air ini pada lampu bahagian hadapan dan belakang, serta signal kerana ia boleh merosakkan lapisan pelindung menjadikan lampu kabur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain