APABILA tiba masanya untuk mencuci toto atau comforter, ramai yang memilih untuk menggunakan mesin basuh. Namun, tak ramai tahu cara dan jenis mesih basuh yang digunakan sebenarnya mempengaruhi hasil cucian. Menerusi perkongsikan Abang Letriqq di TikTok, lelaki ini menjelaskan perbezaan hasil cucian dengan menggunakan dua jenis mesin basuh. Berikut adalah perbezaan dan tip penting dalam mencuci comforter menggunakan mesin basuh front load dan top load. Teknik cucianmempengaruhi hasil cucian pakaian yang dibasuh. 1. Mesin basuh jenis top load (bukaan atas) Mesin basuh top load membolehkan anda mencuci comforter selagi ia boleh dimuatkan dalam drum. Bagaimanapun, penting untuk tidak memuatkan pakaian dalam drum secara berlebihan. Hadkan beban baju kepada tiga per empat daripada keseluruhan kapasiti drum. Jika comforter mempunyai kotoran degil, mungkin sukar untuk mencuci sepenuhnya dengan mesin basuh top load. Disyorkan untuk memulakan proses dengan pre-wash iaitu cuci bahagian kotoran yang kelihatan menggunakan cecair pencuci sebelum melakukan basuhan utama. Tetapi comforter yang terkena kotoran seperti air kencing boleh dibasuh secara terus tanpa 'pre-wash'. 2. Mesin basuh front load (bukaan depan) Mesin basuh front load biasanya digunakan di dobi layan diri dan lebih sesuai untuk cucian comforter. Sebelum memulakan basuhan, periksa label pada comforter untuk memastikan ia sesuai untuk cucian mesin dan suhu air yang disarankan. Mesin basuh front load umumnya mempunyai pilihan suhu yang pelbagai. Disarankan untuk menggunakan mod cucian panas untuk membunuh kuman dan hama habuk (dust mites). Suhu panas ini membantu memastikan kebersihan yang lebih mendalam dan berkesan. Malah, mesin basuh front load mempunyai kapasiti drum yang lebih besar dan direka untuk menangani beban berat dengan lebih efisien. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube