suria

Daun pokok kunyit berubah warna? Ini cara rawat supaya kembali menghijau dan subur

Daun kunyit yang berwarna hijau mempunyai nutrien lebih tinggi.

POKOK kunyit merupakan antara tumbuhan yang sering dijadikan tanaman halaman rumah kerana kegunaan dan manfaatnya.

Selain digunakan sebagai salah satu bahan penyedap masakan, pokok itu mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan dan kecantikan.

Bagi yang tidak tahu, warna hijau terang pada daun pokok kunyit sebenarnya memberi petunjuk tentang kekayaan nutrisi yang terkandung di dalamnya.

Bagaiamanapun, hendak mengekalkan kehijauan daunnya bukanlah mudah kerana memerlukan penjagaan rapi dalam penanamannya.

daun kunyit

Daun kunyit memerlukan penjagaan rapi untuk mengelakkan bertukar kuning.

Berikut adalah tip merawat daun kunyit supaya kembali hijau dan subur:

1. Alihkan pokok kunyit daripada tempat panas terik tetapi masih mendapat cahaya matahari. 

2. Potong daun yang kekuningan dan kering supaya keluar daun baharu.

3. Siram dua kali sehari, daun boleh menjadi kering kerana kurang siraman.

4. Gemburkan tanah supaya jangan terlalu padat agar ada pengudaraan dan saliran yang baik untuk kekalkan kelembapan.

5. Pokok kunyit juga perlu dibaja, boleh gunakan baja organik.

6. Boleh juga gunakan petua siram dengan air basuhan beras supaya daun pokok kunyit subur.

7. Jika pokok kunyit sudah matang dan daun menguning ia mungkin petanda perlu dialih ke bekas yang lebih besar atau dituai.

8. Kunyit boleh dituai selepas sembilan bulan ditanam.

Artikel Lain