PERNAHKAH anda berdepan masalah permukaan jubin lantai tandas bertukar warna kuning selepas dicuci?
Jika ya, masalah itu bukan berpunca daripada kotoran degil tetapi penggunaan bahan cucian yang salah semasa melakukan pembersihan.
Menurut pempengaruh Sarini Zainal, kebanyakan sabun pencuci tandas komersial mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan permukaan dan ketahanan jubin tandas.
Jelasnya, produk terbaik untuk membersihkan jubin adalah sabun pencuci pinggan, merujuk nasihat seorang pereka dalaman.
"Hari itu masa renovate tandas, pereka itu cakap elakkan guna pencuci tandas di pasaran khususnya stain remover sebab ia akan rosakkan lagi lantai dan menjadi cepat kuning serta berkulat.
Penggunaan sabun pencuci tandas tertentu boleh merosakkan permukaan jubin.
"Produk terbaik untuk cuci lantai tandas adalah pencuci pinggan! Tak kisahlah jenama apa... semuanya boleh," katanya menerusi satu perkongsian di laman X.
Selepas mengikut saranan berkenaan, dia mengakui kaedah itu sangat efisien untuk menghilangkan kotoran degil selain harganya yang jauh lebih murah berbanding pencuci lain di pasaran.
"Sudahlah murah, wangi, tak bahaya pada kulit dan berkesan untuk semua permukaan jubin.
"Saya sudah lama cuba, memang puas hati! Menyesal berbelanja mahal-mahal sebelum ini," ujarnya.