suria

Ramai cuma fikir mudah, jimat masa... Tak sedar bahaya rebus nasi impit dalam plastik

Plastik yang direbus pada suhu tinggi membolehkan bahan kimia masuk dalam makanan.

NASI impit menjadi salah satu hidangan wajib ketika Aidilfitri kerana boleh dinikmati dengan pelbagai jenis lauk seperti kuah lodeh, kuah kacang, rendang dan serunding.

Selain keenakannya, proses penyediaan nasi impit juga mudah dan menjimatkan masa dengan cara merebus dalam plastik khas sehingga tekstur padat sebelum dipotong dan disajikan.

Namun, di sebalik penyediaannya yang mudah itu, plastik pembungkus nasi impit sebenarnya berisiko mengundang pelbagai masalah kesihatan serius kepada pengguna.

Menurut pakar pemakanan Dr Tan Shot Yen, plastik pembungkus  terdedah kepada suhu haba tinggi ketika proses merebus dan akan mengeluarkan bahan kimia berbahaya sebelum memasuki makanan.

Ketupat nasi adalah alternatif terbaik untuk menggantikan nasi impit.

"Plastik yang terdedah kepada haba, terutamanya jenis tertentu membebaskan bahan kimia berbahaya dan boleh memasuki makanan dan badan.

"Ia boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti gangguan hormon, masalah pembiakan dan juga risiko kanser," katanya.

Justeru Dr Tan menyarankan masyarakat kembali membuat ketupat nasi secara tradisional dengan menggunakan daun kelapa sebagai alternatif menggantikan nasi impit bungkusan plastik.

Penggunaan bahan semula jadi ini bukan sahaja lebih selamat bahkan mengeluarkan aroma wangi dan unik yang mampu merangsang selera makan.

Bukan itu sahaja, orang ramai turut dinasihatkan untuk mengambil nasi impit dalam kadar sedikit dan tidak berlebihan kerana dikhuatiri memudaratkan kesihatan. - AGENSI

Artikel Lain