suria

“Baru biar sekejap, tiba-tiba hilang” - Penjaga pesakit demensia usah leka, elak tragedi di musim raya

Pesakit demensia perlukan pengawasan rapi setiap masa.

MENGHAMPIRI hari raya Aidilfitri, rata-rata umat Islam mula sibuk merancang perjalanan pulang ke kampung halaman.

Namun bagi mereka yang menjaga ahli keluarga penghidap demensia, perjalanan ini boleh menjadi cabaran besar kerana mereka memerlukan pengawasan rapi sepanjang masa.

Tanpa persediaan yang betul, mereka mungkin berisiko untuk hilang dalam sekelip mata atau berdepan insiden tidak diingini.

Menurut pakar neurologi Dr Andrie Gunawan, situasi berkenaan mungkin boleh dielakkan sekiranya penjaga menemani mereka setiap masa.

"Biasanya kalau dibiarkan sekejap, tiba-tiba hilang," katanya.

Menjaga ahli keluarga yang menghidap demensia tidak mudah.

Selain itu, Dr Andrie uga menyarankan pesakit itu diberikan rantai pengenalan yang mengandungi maklumat diri seperti nama, umur, alamat dan nombor untuk dihubungi.

Jelasnya, langkah ini memudahkan orang lain mengecam dan membantu mereka pulang ke pangkuan keluarga sekiranya tersesat.

"Boleh diberikan rantai leher, lebih kurang tag haiwan peliharaan yang mengandungi identiti, contact person, dan macam-macam lagi.

"Cara ini banyak digunakan oleh orang di luar negara kerana lebih mudah," tambahnya. -Agensi

Artikel Lain