suria

5 tahun tiada anak, Diyana asyik keguguran setiap kali hadir mimpi ngeri... ”Ketika terjaga, kaki saya dalam keadaan terkangkang, keluar darah”

Nur Diyana terpaksa menerima hakikat mengalami dua kali keguguran. - Gambar Sekadar Hiasan

SETIAP pasangan yang berkahwin pasti berharap dikurniakan zuriat sebagai pelengkap dan pengikat kasih sayang di antara suami dan isteri.

Begitu juga bagi pasangan Nur Diyana dan suami, Fauzi Ishak yang sudah lima tahun mendirikan rumah tangga tetapi belum dikurniakan rezeki seorang anak.

Bagaimanapun berkat kesabaran dan usaha, Nur Diyana akhirnya disahkan mengandung selepas membuat ujian kehamilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama orang pesan hati-hati lalu Pondok Tanjung... Pemuda dari Baling terima habuan jumpa keranda diusung tengah malam

"Apabila saya dapat tahu sedang hamil, kegembiraan dan rasa syukur itu langsung tak dapat saya bayangkan. Akhirnya Allah memberi kami rezeki zuriat.



Sejak hamil, Nur Diyana sering mengalami mimpi buruk.

"Kerana terlalu gembira, saya terus beritahu keluarga dan rakan-rakan yang selama ini tidak putus-putus berdoa untuk saya," katanya.

Kegembiraan itu kata Nur Diyana tidak lama apabila sejak disahkan hamil dia mula merasai pelbagai perkara pelik berlaku dalam hidupnya.

Pada mulanya dia menyangka ia hanyalah perkara biasa bagi wanita yang dalam fasa awal kehamilan namun lama-kelamaan dia berasa pelik terhadap apa yang sedang berlaku itu.

Cerita Nur Diyana, setiap kali tidur, dia akan mengalami mimpi buruk dan ngeri yang seolah-olah benar-benar sedang berlaku.

"Bayangkan apabila saya tersedar, saya akan rasa sangat penat, contohnya, kalau saya berlari dalam mimpi disebabkan dikejar sesuatu saya akan rasa tercungap-cungap dan berpeluh ketika sedar.

Saya terkejut apabila saya bangun daripada katil, saya nampak banyak darah keluar dan apabila ke hospital doktor mengesahkan saya keguguran.

NUR DIYANA

"Pada awalnya saya ingat ia hanya permainan tidur dan saya abaikan sahaja tetapi nampaknya ia semakin menjadi-jadi," ujarnya.

Paling menakutkan katanya, dalam sebuah mimpi dia dikejar oleh seorang lelaki yang menakutkan sambil individu itu memberitahu mahukan sesuatu daripadanya.

Lelaki sama kata Nur Diyana, kerap datang mengejar dalam mimpinya membuatkan setiap kali dia terjaga akan berasa penat seolah-olah benar-benar melarikan diri daripada lelaki tersebut.

"Sehinggalah pada suatu pagi, saya terbangun dalam keadaan tercunggap-cunggap dan berpeluh. Perut saya rasa sangat sakit seperti terkena senggugut.

"Saya terkejut apabila saya nampak banyak darah keluar dan apabila ke hospital doktor mengesahkan saya mengalami keguguran.



Dalam mimpinya, Nur Diyana memberitahu makhluk itu mahu mengambil anak yang dikandungnya.

"Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa sedihnya saya ketika itu dan rasa seperti harapan untuk menimang cahaya mata terkubur," katanya.

Peliknya ujar Nur Diyana, selepas keguguran dia tidak pernah lagi mengalami mimpi ngeri sehinggalah setahun kemudian dia tiba-tiba didatangi mimpi sama.

Mimpi itu membuatkan dia tergerak hati untuk membuat ujian kehamilan dan tidak menyangka keputusannya positif, dia hamil lagi.

"Bagi mengelakkan sebarang masalah, saya dan suami terus ke hospital untuk membuat ujian dan pemeriksaan lanjut dan Alhamdulillah doktor mengesahkan saya hamil.

"Dalam rasa gembira, saya ada rasa takut kerana mimpi ngeri kembali menghantui setiap kali saya tidur sehingga membuatkan saya rasa paranoid untuk melelapkan mata," katanya.



Pasangan ini menganggap masih belum rezeki mereka untuk menimang cahaya mata.

Sehinggalah pada suatu malam kata Nur Diyana, dia bermimpi didatangi tiga makhluk memberitahu merekalah yang mengambil anak pertamanya dan mahukan anak di dalam perutnya lagi.

"Makhluk itu minta saya kangkangkan kaki dan dalam mimpi itu saya nampak banyak darah mengalir keluar. Saya terkejut lalu terbangun dalam keadaan menggeletar.

"Ketika terjaga, kaki saya memang dalam keadaan terkangkang dan saya mula fikir yang bukan-bukan," katanya.

Ketakutan Nur Diyana itu menjadi kenyataan apabila tindakannya membuat ujian kehamilan di rumah menunjukkan dia tidak hamil dan pemeriksaan di hospital juga menunjukkan perkara sama.

"Memang saya sedih tapi saya reda dan anggap memang saya tidak mengandung. Saya ambil keputusan mendapatkan rawatan secara Islam dan ketika dirawat seluruh badan rasa sakit sehingga rasa nak bangun dan lari," tambahnya yang semakin pulih.

Menurut pengamal perubatan itu, apa dialami oleh Diyana ialah gangguan jin yang mahu merosakkan kandungannya.

Dalam Islam, turut disebut terdapat jin yang dinamakan Ummu Sibyan dan makhluk jahat itu kerjanya mengganggu ibu yang sedang hamil dan juga bayi baru lahir.

Jin ini dikatakan mampu membunuh bayi dalam kandungan menyebabkan berlakunya keguguran.

Terdapat banyak petua untuk mengelak gangguan jin ini termasuklah sesorang itu perlu memberi salam sebelum memasuki rumah, menutup pintu dan tingkap pada waktu Mahgrib dengan berzikir kepada Allah selain memeperbanyakkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran di dalam rumah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain