BAGI yang mempunyai anak kecil, pasti mereka akan dimanjakan dengan pelbagai permainan sehingga adakalanya ia memenuhi segenap ruang kediaman. Antara kegemaran kanak-kanak adalah patung atau haiwan permainan yang comel untuk dijadikan sebagai 'teman' bermain atau pun dibuat peluk ketika tidur.ARTIKEL BERKAITAN: 5 tahun tiada anak, Diyana asyik keguguran setiap kali hadir mimpi ngeri... ”Ketika terjaga, kaki saya dalam keadaan terkangkang, keluar darah” Seperti Kamarul Ariffin, dia juga tidak terlepas memanjakan anak-anaknya dengan pelbagai permainan namun kejadian menimpanya baru-baru ini membuatkan dirinya serik. Mitos mengenai patung yang 'hidup' di dalam rumah dibaca sebelum ini benar-benar terjadi kepada dirinya. Patung bouncy hopper menjadi kegilaan kanak-kanak malah ia dapat membantu melatih keseimbangan. Cerita Kamarul, pada suatu malam sekitar pukul 2 pagi, dia terbangun kerana berasa dahaga dan ketika sedang minum air di dapur dia tiba-tiba terdengar bunyi seseorang menghempaskan punggung di atas sofa di ruang tamu. "Terbantut saya nak minum, apabila saya jenguk ke ruang tamu tanpa membuka lampu tiada sesiapa di sana. Apabila saya kembali ke dapur, tiba-tiba saya terdengar suara budak sedang ketawa. "Saya jerit memanggil nama anak saya sambil melangkah ke ruang tamu. Sangka saya itu adalah anak saya tetapi apabila saya panggil tiada yang menyahut. "Saya buka lampu ruang tamu tetapi tiada sesiapa. Tanpa mengesyaki apa-apa saya tutup lampu dan naik ke bilik untuk tidur," katanya. Jantung saya rasa macam nak meletup... kaki rasa lemah mengenangkan macam mana benda itu berada di situ. Ketika saya naik ke tangga tadi, patung itu tidak ada di situ. DR KAMARUL ARIFFIN Patung permainan muncul depan tangga Ketika sedang menaiki tangga, Kamarul memberitahu darahnya berderau apabila dia sekali lagi mendengar suara kanak-kanak ketawa dari arah ruang tamu. Kata Kamarul, dia memberanikan diri menoleh ke belakang dan alangkah terkejutnya apabila dia melihat permainan patung bouncy hopper milik anaknya berada betul-betul di depan tangga. "Jantung saya rasa macam nak meletup... kaki rasa lemah mengenangkan macam mana benda itu berada di situ. Ketika saya naik ke tangga tadi, patung itu tidak ada di situ," katanya. Kamarul berkata, dia tiba-tiba teringat pertama kali dia membawa pulang patung permainan itu, anaknya menangis ketakutan walaupun dia amat sukakan permainan replika haiwan. "Saya beli pun sebab mengenangkan dia suka patung haiwan dan bouncy hopper ini katanya bagus untuk melatih fungsi keseimbangan kanak-kanak. Ada sesetengah orang yang gemar mengumpul patung sebagai perhiasan atau menyimpannya dalam almari kaca. "Tapi tak sangka pula dia takut macam tu sekali... Memandangkan dia tak suka, saya letakkan patung itu di tepi kabinet dengan harapan kalau anak saya tengok setiap hari dia sudah tidak takut," jelasnya. Bagaimanapun kata Kamarul, seminggu berlalu, anaknya masih tidak menyentuh patung tersebut dan sejak itu patung replika kuda itu berada di situ.Muncul pula di meja lampu bilik tidur Tidak terhenti di situ kata Kamarul, selepas kejadian patung itu muncul di depan tangga, ia juga pernah tiba-tiba berada di meja lampu tidur biliknya. Ketika itu katanya, dia terjaga apabila telefonnya berbunyi dan terkejut apabila patung berwarna merah itu berada di atas meja tersebut. "Saya tak rasa anak saya yang letak patung itu di situ kerana dia sendiri pun takut akannya. Esoknya saya simpan patung itu di dalam stor di bawah tangga dan menguncinya. "Sejak itu tiada gangguan yang ketara cuma saya rasa tidak selesa apabila berada di rumah... rasa serba tak kena. Apabila saya dapatkan nasihat daripada kawan, mereka minta saya jangan simpan patung itu jika ia tidak diguna sebagai permainan. Anaknya kini tidak lagi takut dengan patung tersebut. "Mereka kata jangan letak patung di tempat tinggi, simpan di dalam kotak atau almari berkaca kerana kita dianggap memuja patung itu dan patung yang dipuja akan dihuni makhluk halus," katanya. Pesan rakan-rakannya lagi, jangan memuliakan patung dan biarkan ia kotor dan mempunyai cela dan sekiranya tidak mahu main, sedekahkan kepada yang memerlukan. Malah mereka meminta saya tidak berasa takut dengan mainan tersebut kerana bimbang syaitan akan ambil kesempatan untuk memesongkan dan melemahkan iman manusia. "Pulang ke rumah saya keluarkan patung itu dan 'belasah' dia cukup-cukup dan ajak anak saya main sepak-sepak kuda merah itu serta mencontengnya menggunakan pen. "Anak saya jadi seronok pula dan sejak itu rumah saya jadi tenteram. Tiada lagi gangguan dan kuda itu masih berada dalam rumah cuma ia sudah comot dan mempunyai kesan conteng. "Anak saya pun sudah tidak takut padanya dan ia menjadi tempat belasahannya," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!