SEPANJANG tujuh bulan berkhidmat sebagai pemandu van jenazah, Azri (bukan nama sebenar) yang masih hijau dalam bidang itu pernah beberapa kali berdepan gangguan mistik. Tidak patah semangat, Azri menganggap gangguan-gangguan kecil itu sebagai lumrah biasa yang perlu dihadapinya demi mencari rezeki halal. Pada suatu hari, Azri ditugaskan untuk menghantar mayat mangsa kemalangan dari sebuah hospital di Kuala Lumpur ke sebuah daerah di negeri Kelantan. Selepas selesai segala prosedur, Azri yang ditemani Naim berangkat dari perkarangan hospital itu kira-kira pukul 10.30 malam. Segalanya berjalan dengan lancar, malah trafik sepanjang lebuh raya yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Karak juga tenang sahaja. Namun, Azri dan Naim mula berdepan gangguan apabila van dinaiki mereka memasuki kawasan Gua Musang, Kelantan sekitar pukul 1.30 pagi. Pada waktu itu, Naim sudah terlelap, Azri pula membuka tingkap van berkenaan untuk menghisap rokok bagi menghilangkan rasa mengantuk. Gangguan mistik biasanya kerap berlaku pada waktu malam. -Gambar hiasan Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba Azri mendengar suara garau seorang lelaki yang sedang menjerit seolah-olah meminta pertolongan. Azri mula tidak sedap hati namun dia hanya mendiamkan diri dan terus membuang puntung rokok dan cepat-cepat menaikkan tingkap van itu. Tidak sampai 10 minit kemudian, Azri mendengar bunyi kuat, seperti ada benda yang jatuh di atas van jenazah itu. Dentuman berkenaan menyebabkan Naim tersedar dan dia terus memandang ke arah Azri, namun mereka berdua kelu tanpa kata-kata. ARTIKEL BERKAITAN: Pocong melompat bawah pokok, ‘merayau’ depan kedai makan... Peniaga warga emas menggigil disergah lepas Subuh ARTIKEL BERKAITAN: Guru sakit teruk, hilang semangat mengajar rupanya disihir! Ibu tak puas hati anaknya ditegur di sekolah Azri cuba berpura-pura tenang, namun dia mula merasakan seperti van itu bergerak sangat lambat, kakinya juga penat menekan pedal minyak dengan kuat. "Aku rasa van ni slow sangat, penat aku tekan minyak. Macam tak gerak-gerak je," Azri mengadu kepada Naim. "Bukan baru servis ke? Kau jangan macam-macam," kata Naim pula dalam nada cemas. Ketika itu jugalah mereka berdua mendengar bunyi ketukan kuat serta suara garau di bahagian belakang van jenazah itu, seolah-olah datang dari keranda. Terkejut dengan bunyi aneh itu, Azri terus menekan brek dan mematikan enjin van yang dipandunya. Bekerja sebagai pemandu van jenazah merupakan satu pekerjaan yang mulia. -Gambar hiasan Dia dan Naim cepat-cepat keluar dan menjauhkan diri daripada van berkenaan. Dalam keadaan yang gelap gelita di sebuah jalan yang dikelilingi hutan, Naim meminta Azri melaungkan azan di sekeliling van berkenaan dengan harapan gangguan itu akan berhenti. Selepas situasi mula tenang, mereka berdua meneruskan perjalanan dan turut membuka alunan al-Quran yang dipasang menerusi telefon. Mereka akhirnya sampai ke rumah keluarga si mati sebelum azan Subuh dan segala urusan berjalan dengan lancar. Azri dan Naim duduk berehat di rumah keluarga si mati itu dan memulakan perjalanan balik ke Kuala Lumpur setelah hari mula cerah. Azri yang trauma dengan kejadian itu bercuti selama seminggu dan turut berjumpa seorang ustaz untuk memulihkan semangatnya. Meskipun takut, Azri menganggap kejadian itu sebagai pengalaman berharga dan dia tidak pernah sesekali terfikir untuk berhenti kerja. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube