suria

Dua beradik ‘ditegur’ makhluk ghaib, hiasan ayat Kursi jatuh ke lantai... Pakcik jubah putih nasihat jangan gantung semula!

Gangguan dialami selepas beberapa bulan mendiami rumah.

SELEPAS menjawab panggilan telefon, Athirah terus ketawa gembira sambil berlari-lari anak mencari adiknya, Laila.

Impian untuk tinggal di rumah sendiri akhirnya berjaya ditunaikan selepas pinjaman perumahan yang dibuat tempoh hari sudah diluluskan.

Dalam tempoh seminggu, segala barangan siap dikemas dan sedia dipindahkan ke rumah teres dua tingkat yang memiliki empat bilik tidur dan dua bilik air.

Hari pertama menjejakkan kaki di halaman rumah yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan itu, Athirah dan Laila disapa oleh seorang pakcik tua yang berjubah putih.

“Assalammualaikum... kamu berdua tinggal sini ke?” aju pakcik tersebut ringkas.

Rumah kosong sering dijadikan 'stor' penduduk sekitar. -Gambar hiasan The Star

Rumah teres merupakan pilihan anak muda masa kini. -Gambar hiasan The Star

Pelik dengan kehadiran pakcik tersebut, Athirah hanya membalas dengan anggukkan kepala dan terus membawa barang masuk ke dalam rumah.

Selepas selesai menyusun atur perabot serta perhiasan rumah, dia dan Laila keluar untuk mengisi perut kosong.

Dengan senyuman gembira, Athirah memandang sekali lagi ke arah rumahnya sebelum masuk ke dalam kereta yang diletakkan di luar pagar.

Namun, dia dikejutkan dengan kelibat hitam daripada bilik di ruangan atas.

Enggan menakutkan diri sendiri, dia menganggapnya sebagai bayang-bayang pokok besar yang terletak berhampiran rumahnya.

Rumah tidak boleh dibiarkan kosong terlalu lama. -Gambar hiasan

Rumah tidak boleh dibiarkan kosong terlalu lama. -Gambar hiasan

Tambahan pula, ketika itu hampir senja dan langit mulai berwarna oren kemerahan.

Selepas menikmati hidangan Melayu tradisional di sebuah cafe dan membeli beberapa barang keperluan harian di pasaraya, dia pulang semula ke rumah.

Jam menunjukkan pukul 10.30 malam, tiba-tiba kedengaran seperti perabot diubah daripada ruang atas disusuli bunyi beberapa barang yang jatuh.

Tanpa berlengah, Athirah dan Laila berlari ke atas bagi melihat apa yang berlaku.

Kedua-dua mereka terpaku selepas melihat katil di bilik Laila bergerak daripada kedudukan asal manakala barang-barang solekannya berselerak di atas lantai, malah tingkap yang tertutup rapat sebelum mereka keluar, terbuka luas.

ARTIKEL BERKAITAN: Piring terbang ke dinding, tiba-tiba darah meleleh! Arkitek muda dengar perempuan menjerit selepas pasang ayat ruqyah

Perasaan takut mula menyelubungi mereka sehinggakan kedua-duanya mengambil keputusan untuk tidur bersama-sama di ruang tamu.

“Mungkin Laila lupa tutup tingkap tadi, kemudian angin kuat tiup... sebab itu habis berselerak barang atas lantai.

“Esoklah Laila kemas balik, sekarang letih sangat dan nak tidur. Lagipun minggu depan baru mula kerja balik, jadi sempatlah nak makeover rumah lagi," ujarnya memecah kesepian malam.

Athirah hanya mengiyakan sahaja kata-kata adiknya itu.

Selepas seminggu berlalu, kedua-dua mereka kembali bertugas.

Pakcik harap kamu berdua kuat semangat sebab rumah ni memang ‘laluan mereka'.

PAKCIK

Keadaan rumah juga normal tanpa gangguan perkara pelik sehinggalah genap tiga bulan mendiaminya.

Athirah dan Laila sekali lagi dikejutkan dengan bunyi barang jatuh, situasi yang dialami sama seperti hari pertama mereka masuk ke rumah tersebut.

Ayat ruqyah dipasang dengan kuat, namun tiba-tiba hiasan berbingkai yang tertulis ayat Kursi jatuh ke lantai.

Laila menjerit seperti orang dirasuk apabila merasakan kakinya digenggam erat sehingga tidak dapat bergerak.

Panik dengan keadaan yang berlaku, Athirah cuba mendapatkan pertolongan jirannya dan tanpa disedari pakcik berjubah putih turut ada bersama dengan jirannya.

Ayat suci al-Quran sering dijadikan hiasan di dinding rumah. -Gambar hiasan

Ayat suci al-Quran sering dijadikan hiasan di dinding rumah. -Gambar hiasan

Mereka datang membantu dan cuba memulihkan keadaan supaya seperti sedia kala.

“Alhamdulillah, kamu berdua jangan risau dah... cuma jangan gantung kembali ayat Kursi tu sebab ada kesilapan pada baris dan ayatnya.

“Mungkin sebab itulah ‘dia’ datang mengganggu. Pakcik harap kamu berdua kuat semangat sebab rumah ni memang ‘laluan mereka',” katanya.

Jirannya turut memaklumkan bahawa, rumah tersebut selalu bertukar-tukar penghuni kerana semuanya tidak tahan apabila sering ‘diganggu’ dan disebabkan itu jugalah tuannya menjual rumah ini.

Melihatkan air muka Athirah dan Laila yang ketakutan, pakcik tersebut menyatakan gangguan yang dialami itu bukanlah berlarutan tetapi berlaku pada bulan-bulan tertentu sahaja kerana makhluk berkenaan perlu melaluinya.

Malah gangguan yang baru terjadi itu adalah berpunca daripada ayat al-Quran yang tidak betul dan sekadar ‘teguran’.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain