suria

Lampu suluh terlepas daripada tangan ketika ‘live’ buru entiti, jaguh paranormal disergah penunggu lebuh raya

Lebuh raya dikatakan lokasi paling menyeramkan. -Gambar hiasan

SUDAH menjadi rutin harian untuk Ayden Rafiq membuat live paranormal di laman sosialnya.

Tambahan pula, hobi mencari hantu di rumah tinggal dan kawasan perkuburan yang dilakukan sejak dua bulan lalu membuahkan hasil kerana pengikutnya gemar memberikan hadiah.

Sepanjang tempoh tersebut, hanya gerakan dan bunyi sahaja yang dipaparkan, disebabkan itu ada dalam kalangan pengikutnya yang mencadangkan beberapa lokasi ‘menarik’ untuk diterjah.

Sebagai anak muda yang baru berusia 22 tahun, dia sentiasa menerima cabaran yang diberikan sehingga sanggup mengambil cuti beberapa hari semata-mata memenuhi permintaan para pengikutnya.

Menyedari apa yang dilakukan agak berbahaya, dia sentiasa memaklumkan lokasi yang akan diterjah kepada teman rumahnya, Hasni.

Banyak kes kemalangan berlaku di lebuh raya. -Gambar hiasan

Banyak kes kemalangan berlaku di lebuh raya. -Gambar hiasan

“Aku nak pergi ke satu lebuh raya di Kedah esok. Ada orang cakap tempat tu 'keras' sikit... rasanya nak buat live kat situ untuk dua malam,” ujarnya sambil mengemas pakaian.

Malam pertama berada di laluan tersebut, hanya desiran angin sahaja yang dirasai.

“Kawasan ni sunyi dan gelap tapi tiada apa-apa yang menyeramkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru sakit teruk, hilang semangat mengajar rupanya disihir! Ibu tak puas hati anaknya ditegur di sekolah

“Betul ke ada penunggang motosikal yang pernah meninggal dunia sebab kemalangan di sini? Tak rasa macam tempat ‘keras’ pun,” ajunya kepada pelayar semasa sesi live selepas dua jam bersiaran.

Pada masa sama, dia menyatakan akan kembali ke lokasi tersebut keesokan malam bagi memuaskan hati.

Tambahan pula, destinasi yang diterjah itu terletak jauh dari rumahnya di Pontian, Johor.

Malam kedua berada di lokasi yang sama, Ayden Rafiq mengakui merasai sedikit seram kepada pengikutnya.

Makhluk halus mudah dilihat oleh mereka yang mempunyai deria keenam. -Gambar hiasan

Makhluk halus mudah dilihat oleh mereka yang mempunyai deria keenam. -Gambar hiasan

“Malam ni rasa lain sikit berbanding semalam. Angin pun tak bertiup... kita tunggu sampai pukul 3 pagi nanti.

“Kalau tak ada apa-apa, saya gerak balik ya. Mungkin lokasi sini tak seperti yang digambarkan,” katanya sambil ketawa perlahan.

Selepas beberapa minit berlalu, dia terasa seperti angin kencang bertiup ke arah muka.

Terkejut dengan situasi yang tiba-tiba berlaku, dia terlepas lampu suluh di tangan yang kemudiannya bergolek sedikit jauh.

Tanpa berfikir panjang, Ayden Rafiq bergerak ke arah lampu suluhnya dan membongkokkan badan untuk mengambilnya.

Kawasan sunyi sering dijadikan lokasi buruan paranormal. -Gambar hiasan

Kawasan sunyi sering dijadikan lokasi buruan paranormal. -Gambar hiasan

Dia kemudian terdengar derapan tapak kaki ke arahnya dan suara halus bertanyakan lokasi.

Belum sempat menjawab pertanyaan yang diberikan, dia terkaku melihat tubuh yang berlumuran darah tanpa kepala di seberang jalan.

Ayden Rafiq tidak dapat bergerak mahupun berkata-kata sehinggakan pengikutnya tertanya-tanya apa yang berlaku kerana hampir setengah jam tanpa sebarang ulasan.

Seolah-olah baru tersedar, dia terus mematikan siaran langsung dan berlari ke arah kereta.

Sejak kejadian tersebut berlaku, Ayden Rafiq tidak lagi membuat live malah terus menutup akaun paranormalnya tanpa berkongsikan pengalaman ngeri yang dialami.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tidak mengalami badi mahupun demam panas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain