suria

Selalu sangat mimpi disetubuhi seseorang, itu tanda-tanda ‘Jin Asyik’ dalam badan!

Salah satu ciri terkena gangguan Jin Asyik adalah kerap bermimpi disetubuhi seseorang. -Gambar hiasan

SEBAGAI umat Islam kita wajib mempercayai kewujudan perkara ghaib, termasuklah jin.

Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia, akan tetapi sebagai Muslim, kita wajib percaya tentang kewujudannya kerana al-Quran terlebih dahulu menetapkan akan kewujudan mereka.

Memandangkan jin wujud, maka gangguan daripada jin itu juga ada.

ARTIKEL BERKAITAN: Perawat Islam kongsi ciri-ciri rumah ada Genderuwo... Gangguan nombor 3 ramai alami

Ia boleh terjadi kepada siapa sahaja sama ada sihir yang dihantar oleh seseorang atau daripada kenakalan jin itu sendiri, contohnya kerana menyukai manusia.

Sememangnya banyak perkongsian di laman sosial mengenai kisah gangguan jin yang disebabkan oleh syahwat.

jin 2

Kita disarankan untuk elak mandi dalam keadaan berbogel bagi mengelakkan gangguan Jin Asyik. -Gambar hiasan

Seorang perawat dari Pusat Rawatan Al Idrus berkongsi mengenai tanda-tanda jika seseorang terkena gangguan 'Jin Asyik' atau jin yang suka kepada manusia.

Jika anda mengalami ciri-ciri berikut, kemungkinan besar anda terkena gangguan Jin Asyik:

1) Kerap mimpi disetubuhi seseorang

2) Badan mengalami lebam-lebam

3) Tak suka berkawan atau keluar dari rumah

Faktor gangguan:

1) Gemar tidur lewat petang

2) Berbogel ketika berseorangan di rumah atau ketika mandi

3) Tidak membaca doa sebelum melakukan hubungan suami isteri

jin 3

Gangguan jin boleh menjadi penyebab hubungan suami isteri dingin. -Gambar hiasan

Implikasi:

1) Jika sudah berkahwin, rumah tangga menjadi dingin.

2) Jika belum berkahwin, boleh jadi ianya akan menyebabkan jodoh seseorang sukar (berat jodoh).

Jika anda mengalami antara ciri-ciri yang disebutkan, penting untuk tidak mengabaikan pengalaman tersebut.

Sekiranya ia berterusan, disarankan untuk cuba berikhtiar dengan mendapatkan bantuan daripada pengamal perubatan Islam untuk mencari penyelesaian yang sesuai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain