suria

Tiga sekawan berkhemah dalam hutan sambut tahun baharu... Pukul 2 pagi dengar bunyi bising, terkejut dapat tahu kisah ‘pasar setan’

Perkhemahan menjadi aktiviti riadah yang popular bagi mendekatkan diri pada alam. -Gambar hiasan

SAMBUTAN tahun baharu biasanya diraikan di kota-kota besar dengan persembahan nyanyian, perarakan serta tembakan bunga api tepat pukul 12 tengah malam.

Namun tiga sekawan dikenali sebagai Fadhli, Adib dan Azwan (bukan nama sebenar) memilih untuk berkhemah di Hulu Selangor bagi meraikan kedatangan 2025.

Tiga rakan serumah dari Shah Alam itu memulakan perkhemahan pada petang 31 Disember dan merancang untuk mengadakan barbeque (BBQ) di dalam hutan pada malamnya.

Segala yang dirancang berjalan lancar pada malam itu sehinggalah mereka bermain bunga api pada pukul 12 tengah malam bagi meraikan tahun baharu.

Sekitar pukul 1, mereka mula masuk ke dalam khemah sebelum masing-masing berdengkur kepenatan selepas seharian melakukan aktiviti.

camping 3

Aktiviti perkhemahan merupakan satu hobi yang kembali popular dalam kalangan anak muda hari ini. -Gambar hiasan

Namun tidak lama kemudian, Azwan tersedar kerana gangguan bunyi bising yang kedengaran cukup aneh.

Jam di telefon menunjukkan pukul 2.30 pagi dan Azwan mendengar suara manusia yang ramai, seperti keadaan di pasar.

Keadaan itu sangat tidak masuk akal memandangkan hanya mereka bertiga yang berkhemah di lokasi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Waris pun tak berani, ahli paranormal terjah rumah pusaka penari istana! Baru nak ‘on’ kamera, muncul petunjuk seram

Suara yang bising kedengaran dari setiap sudut, namun Azwan tidak dapat menangkap butiran perbualan misteri itu.

Azwan berasa tidak sedap hati, lalu dia mengejutkan dua sabahatnya sebelum mereka turut mendengar bunyi yang sama.

Gangguan itu berterusan sehingga pukul 4 pagi, menyebabkan mereka terpaksa bersengkang mata sambil membuka alunan ayat suci al-Quran.

camping 2

Kita hendaklah menjaga tutur kata dan kelakuan ketika berada di dalam hutan. -Gambar hiasan

Esoknya mereka berangkat pulang dan Fadhli turut berkongsi pengalamannya itu kepada komuniti perkhemahan.

Apa yang mengejutkan, beberapa individu mendakwa pernah berdepan situasi sama.

Menurut seorang otai perkhemahan, apa yang dilalui mereka berkemungkinan fenomena 'pasar setan' iaitu satu mitos yang popular dalam budaya Indonesia.

Fenomena ini merujuk kepada kewujudan pasar ghaib atau misteri yang kononnya muncul di kawasan-kawasan tertentu seperti hutan, biasanya pada waktu malam.

Difahamkan, ramai geng perkhemahan pernah berdepan gangguan serupa, khususnya ketika berada di tengah hutan pada waktu malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain