MENJADI lumrah hidup di ibu kota, ramai anak muda hidup menyewa beramai-ramai demi menjimatkan kos. Begitu juga dengan Aida (bukan nama sebenar) yang menyewa rumah di Cheras bersama tiga lagi rakannya. Namun keharmonian mereka di rumah itu tidak berpanjangan apabila salah seorang penyewa baharu bersikap pengotor dan tidak bertanggungjawab. Menurut Aida, dia hairan melihat Fazirah yang gemar melaram namun tergamak membiarkan bilik tidurnya dalam keadaan tunggang langgang. Malah, Aida kurang senang apabila gadis dari sebuah negeri Pantai Timur itu kerap membiarkan dapur kediaman mereka dalam keadaan kotor. Kesabaran Aida memuncak apabila Fazirah juga sering membuang tuala wanita dalam tong sampah di dapur tanpa mencucinya terlebih dahulu. Anak muda menyewa beramai-ramai demi menjimatkan kos hidup di ibu kota. -Gambar hiasan Bukan sahaja Aida, dua lagi rakan serumahnya juga pernah menasihati Fazirah, namun gadis tersebut tetap mengulangi sikap pengotornya itu. Sehinggalah pada suatu malam, Aida yang bersendirian di rumah diganggu dengan bunyi bising di bahagian dapur. Namun Aida hanya membuat halnya sendiri di dalam bilik dan seolah-olah tidak kisah memandangkan sudah banyak kali dia menerima gangguan serupa ketika bersendirian di rumah. ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekawan berkhemah dalam hutan sambut tahun baharu... Pukul 2 pagi dengar bunyi bising, terkejut dapat tahu kisah ‘pasar setan’ Bagaimanapun kali ini Aida berasa agak cuak memandangkan rakan-rakan yang lain belum sampai ke rumah. Berbekalkan sedikit keberanian, Aida dengan selamba keluar dari bilik dan pergi ke dapur untuk melihat apa yang sedang berlaku. Belum sempat Aida membuka lampu dapur, dari kejauhan dia melihat seperti ada makhluk aneh sedang terbongkok menyelongkar tong sampah. Dengan sedikit cahaya dari ruang tamu, alangkah terkejutnya apabila Aida melihat dengan jelas makhluk aneh berlidah panjang itu sedang menjilat tuala wanita di tepi tong sampah. Kaki Aida tiba-tiba terasa berat seperti batu, namun gadis itu tetap menggagahkan diri untuk masuk semula ke biliknya dan mengunci pintu. Setiap penghuni perlu memastikan kebersihan rumah sewa. -Gambar hiasan Selepas rakan-rakannya pulang, Aida menceritakan hal itu dan mereka turut pergi melihat keadaan di dapur yang berselerakan. Bimbang kejadian sama berulang, Aida terus menghubungi Abang Azmi yang juga pemilik rumah sewa itu bagi mendapatkan bantuan. Pada malam itu, Abang Azmi datang bersama seorang ustaz untuk membantu gadis-gadis berkenaan. Ekoran kejadian itu juga, Abang Azmi mengarahkan Fazirah untuk keluar dari rumah sewa berkenaan pada bulan berikutnya. Selepas ketiadaan Fazirah, Aida dan dua lagi rakannya dapat hidup tenang, malah gangguan di rumah berkenaan juga sudah tiada. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube