suria

Afieq Shazwan sanggup tunggu Wani Kayrie, mungkin membujang sampai tua... “Buat masa ini tiada orang lain”

PENYANYI Afieq Shazwan memberi bayangan hubungan cintanya yang terlerai bersama Wani Kayrie pada Mei 2022 itu kembali terjalin.

Ia susulan Afieq atau nama sebenarnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 27, memaklumkan yang ketika ini dia hanya mahu mendirikan rumah tangga bersama penyanyi wanita itu.

“Target kahwin saya sebenarnya sudah lepas iaitu ketika umur 23 hingga 25 tahun. Jadi target baru saya ialah 30 hingga 35 tahun. Kalau dia (Wani) sanggup tunggu, tunggulah.

“Buat masa ini tiada orang lain (hanya Wani Kayrie). Kalau bukan dengan dia, maksudnya perjalanan saya sebagai seorang bujang ini panjang lagi,” katanya kepada mStar.

Afieq bagaimanapun tidak mahu mendedahkan perkara sebenar kerana dikhuatiri hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.

“Saya kena tepuk dada tanya selera. Saya tidak berani untuk kata ya sebab takut berat sebelah iaitu pihak sini sahaja yang cakap macam itu,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi